Kes Tak Rawat Anak Melecur, Ini Tindakan Pihak Berkuasa Pada Ibu Bapanya | Polis Johor sedang melengkapkan kertas siasatan membabitkan ibu bapa melakukan pengabaian terhadap anak mereka di Kampung Parit Kuchi, Pontian pada 30 Disember lalu.

Laporan Sinar Harian pada 4 Januari lalu. (Gambar kiri: Kamarul Zaman)

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kertas siasatan tersebut akan diserahkan kepada Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Jelasnya, ibu bapa mangsa yang berusia 36 dan 33 tahun itu telah ditahan pada Rabu untuk siasatan lanjut dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Datuk Kamarul berkata, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan diserahkan kepada Pendakwa Raya dalam masa terdekat. Mangsa yang kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dilaporkan stabil.

Pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Ahad, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Rabu lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dilaporkan melecur hampir keseluruhan badannya akibat bermain api pada timbunan sampah berhampiran rumahnya di Kampung Parit Kuchi.

Bagaimanapun, setelah lima hari berlalu mangsa yang berusia sembilan tahun tidak dibawa ke hospital oleh ibu bapanya bagi mendapatkan rawatan.

Perkara itu terbongkar selepas polis menerima makluman daripada kenalan ibu mangsa yang mengetahui keadaan kanak-kanak itu melalui gambar yang dikongsi di kumpulan WhatsApp keluarga.

Mengulas perkara itu, Kamarul Zaman berkata, berdasarkan siasatan, ibu bapa berkenaan berpandangan ubat yang dibeli mereka di farmasi sudah memadai untuk merawat luka anak mereka yang melecur.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel Lain

Lima Hari Tak Terima Rawatan, Kanak-Kanak 9 Tahun Melecur Separuh Badan

Seorang kanak-kanak lelaki melecur di bahagian badan sebelah kanan dari bawah ketiak hingga ke paha akibat bermain api di timbunan sampah berhampiran rumahnya di Kampung Parit Kudus, Pontian Jumaat lalu.

Bagaimanapun, setelah lima hari berlalu, mangsa berusia sembilan tahun itu tidak dibawa ke hospital oleh ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan rapi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohd. Shofee Tayib berkata, perkara itu terbongkar selepas pengadu yang merupakan rakan kepada ibu mangsa membuat laporan polis Balai Polis Pontian.

Beliau berkata, pengadu mengetahui mengenai perkara itu menerusi kumpulan whatsapp keluarga apabila nampak gambar anak lelaki kepada kenalannya yang dikenali sebagai Syikin.

Katanya, pengadu didapati budak tersebut tidak dibawa oleh ibu bapanya ke mana-mana hospital untuk mendapatkan rawatan dan kanak-kanak tersebut masih lagi berada di rumahnya tanpa ada sebarang rawatan.

“Laporan dibuat kerana pengadu tidak berpuas hati dengan ibu bapanya yang masih membiarkan anaknya tidak menerima rawatan walaupun lima hari berlalu. Sehingga laporan ini dibuat, luka mangsa semakin teruk dan lukanya sudah mula berbau,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semasa anggotanya sampai ke lokasi kejadian mendapati mangsa dalam keadaan tidak berpakaian berada di luar rumah untuk dibawa ke hospital oleh keluarganya.

Tambahnya, hasil pemeriksaan awal keatas anggota badan mendapati terdapat kesan terbakar dan melecur di beberapa bahagian seperti di bahagian kanan badan hingga ke kaki, bahagian lengan kiri, kedua-dua bahagian dalam peha, bahagian telinga kanan.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Pontian menaiki ambulan untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Mangsa kini dalam keadaan stabil dan akan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan selanjutnya,” katanya.

Menurut beliau, ibu bapa mangsa berusia 36 dan 33 tahun telah ditahan pada jam 2 pagi pada Selasa untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply