Kes Tembak Depan Rumah, Isteri Didakwa Jadi Punca Utama | Gara-gara dipercayai penipuan wang skim pelaburan dijalankan isterinya, seorang juruteknik kilang ditembak di hadapan rumah Jalan Limau Kasturi, Taman Wangi, pagi tadi.

Mangsa berusia 46 tahun itu cedera di bahagian lengan kanan dan bahagian leher akibat tembakan dilepaskan seorang suspek yang menaiki motosikal.

Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, berkata, pihaknya terdahulu menerima panggilan daripada seorang perempuan warga tempatan kira-kira pukul 8.55 pagi memaklumkan suaminya ditembak di hadapan rumah mereka.

Katanya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan telah ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa telah mengalami kesan kecederaan di bahagian lengan kanan dan bahagian leher.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau berkata hasil pemeriksaan X-Ray mendapati satu biji kelongsong disyaki peluru di dalam lengan kanan mangsa.

Beliau juga berkata dalam kenyataan hari ini bahawa hasil siasatan mendapati suspek disyaki adalah lelaki tempatan menaiki sebuah motosikal warna gelap dan memakai topi keledar bervisor gelap semasa kejadian tersebut.

Kata beliau, suspek telah melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa dengan mengunakan dua pucuk pistol yang berlainan.

Tambah Hoong Fong, pemeriksaan unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjumpai beberapa barang termasuk dua objek logam disyaki
kelongsong peluru di lokasi kejadian.

Beliau menyata lagi, punca kejadian disebabkan disyaki isteri mangsa telah menipu wang skim pelaburan menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati.

Katanya, justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Hazri Raziff di talian 0183204914 atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Kosmo! Online terdahulu telah melaporkan seorang lelaki cedera di lengan kanan selepas terkena tembakan di hadapan rumahnya di Jalan Limau Kasturi di sini hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi ketika mangsa berusia 40 ingin pergi ke tempat kerja.

Sumber: Kosmo

 

Artikel Lain

Lelaki Ditembak Depan Rumah Ketika Pergi Kerja

Lelaki Ditembak Depan Rumah Ketika Pergi Kerja | Seorang lelaki cedera di lengan kanan selepas terkena tembakan di hadapan rumahnya di Jalan Limau Kasturi hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi ketika mangsa berusia 40 ingin pergi ke tempat kerja.

Difahamkan tembakan itu dilepaskan seorang suspek yang menunggang sebuah motosikal.

Suspek juga dikatakan telah melepaskan tiga das tembakan sepanjang berlakunya kejadian itu.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan akan mengeluarkan kenyataan media berkaitannya nanti.

Sumber: Kosmo

 

Kejam! Kanak-kanak 12 Tahun Tembak Bapa Kandung

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan menembak bapanya sebelum mengambil keputusan menembak diri sendiri di Weatherford, Texas.

Kejam! Kanak-kanak 12 Tahun Tembak Bapa Kandung

Menweusi laporan New York Post, kanak-kanak perempuan itu dipercayai merancang untuk membunuh keluarganya termasuk haiwan peliharaan di rumah sebelum untuk melarikan diri bersama rakannya ke Georgia.

Kes ini disahkan oleh pegawai polis di Balai Parker, Texas yang memaklumkan rancangan melakukan pembunuhan kejam telah dibuat bersama rakannya beberapa minggu sebelum kejadian.

Walau bagaimanapun, rakannya tidak bertindak seperti yang dirancang.

Ketika kejadian berlaku, pihak berkuasa menerima aduan selepas terdengar bunyi tembakan sekitar jam 11. 30 malam pada Selasa malam di sebuah rumah di Weatherford, 30 batu dari barat Fort Worth.

Pihak polis menemui seorang kanak-kanak perempuan terbaring di sebelah pistol dengan kesan tembakan di kepala manakala bapanya ditemui dengan kesan tembakan di perut.

Kedua-duanya dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans udara untuk rawatan kecemasan.

Sementara itu, rakan kanak-kanak perempuan yang merupakan pesalah juvana kini ditahan polis untuk siasatan lanjut atas kesalahan merancang pembunuhan.

Sumber: NewYork Post

Share.

Leave A Reply