Kes Temui Mayat Wanita Separuh Bogel, Tujuh Sekeluarga Direman Polis | Tujuh sekeluarga termasuk seorang wanita direman selama tujuh hari, bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita warga Thailand di dalam longkang berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Kuala Berang, dekat Gua Musang, Selasa lalu.

Kes Temui Mayat Wanita Separuh Bogel, Tujuh Sekeluarga Direman Polis

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, mereka yang berusia di antara 21 hingga 64 tahun itu direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, tujuh sekeluarga itu ditahan di Felda Chiku, Gua Musang, tengah hari Khamis yang lalu.

“Tujuh individu termasuk wanita berusia 44 tahun itu ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan polis masih mencari saksi kejadian.

“Seorang lelaki berusia 64 tahun yang ditahan adalah majikan kepada mangsa yang bekerja di kedai runcit serta kedai makan berdekatan lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, mayat seorang wanita warga Thailand ditemukan dalam longkang berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Kuala Berang, dekat Gua Musang, kejadian Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sik Choon Foo berkata, mayat mangsa berusia 44 tahun dalam keadaan separuh bogel itu dijumpai orang awam yang melalui jalan berkenaan pada 3 petang.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply