Kesihatan Suami Selalu Merosot. Rupanya Isteri Campurkan Peluntur Dlm Minuman. | Seorang wanita di California didakwa menuang peluntur dalam minuman suaminya sehingga menyebabkan kesihatan lelaki berkenaan semakin merosot.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Dr Yue Yu yang juga merupakan seorang pakar dermatologi dipercayai sanggup melakukan perkara kejam itu kepada suaminya sendiri.

Kisahnya bermula apabila si suami yang dikenali sebagai Dr Jack Chen berasa pelik kerana kesihatannya semakin merosot selama berbulan-bulan. Lebih mengejutkan, hasil pemeriksaan doktor mendapati lelaki berusia 53 tahun itu didiagnosis mengalami gastrik teruk serta keperitan esofagus.

Susulan daripada itu, Jack mula merasa curiga dan dalam diam dia memasang kamera litar tertutup (CCTV) di dapur tanpa pengetahuan isterinya. Alangkah remuknya apabila melihat si isteri sedang menuang cecair yang dipercayai peluntur longkang ke dalam minumannya.

Dia angkat tong cecair pembersih longkang lepas tu dia tuang dalam cawan. Tutup balik penutup dan simpan balik tong tu bawah sinki macam tidak ada apa-apa yang berlaku.

Saya mula perasan yang air lemonade saya ada rasa macam chemical dan mengalami beberapa simptom.

Bimbang isterinya akan bertindak lebih teruk, lelaki berkenaan kemudiannya membawa tiga bukti rakaman CCTV ke balai polis dan akhirnya si isteri ditahan.

Dalam pada itu, Jack turut memfailkan penceraian dan larangan untuk berjumpa. Malah, dia turut menuntut hak jagaan anak kerana tidak mahu anak-anaknya dibesarkan dengan ibu seperti itu.

Walau bagaimanapun, si isteri menafikan semua dakwaan yang disabitkan terhadapnya serta menegaskan bahawa tuduhan terbabit adalah palsu. Difahamkan, kedua-duanya masih dalam proses perbicaraan.

@7sinscrime Gluttony: Do people forget divorce is an option 😳 #truecrime #truecrimetiktok #fyp ♬ Crime Investigation – underscore version 3 – oceanviewmusic

Sumber : OB

 

 

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

Anak senator Nigeria dituduh berkomplot curi buah pinggang gelandangan

LONDON – Anak perempuan kepada seorang senator Nigeria dituduh menyeludup masuk seorang lelaki gelandangan ke Britain sebelum mengambil organ miliknya untuk diberikan kepada defendan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Sonia Ekweremadu, 25, dibicarakan di Mahkamah Jenayah Pusat, London bersama-sama bapanya, Ike Ekweremadu, 60, ibunya, Beatrice Ekweremadu, 56 dan seorang doktor, Obinna Obeta, 50.

Keempat-empat mereka didakwa berkomplot merancang perjalanan seorang individu dengan tujuan eksploitasi, bertentangan dengan Akta Undang-Undang Jenayah 1977 antara 1 Ogos 2021 hingga 5 Mei tahun ini.

Pendakwa raya mendakwa mereka berkomplot bersama seorang ahli keluarga yang lain, Isaac Ekweremadu, untuk membawa seorang gelandangan berusia 21 tahun dari Lagos ke London bagi mengambil buah pinggangnya untuk diberi kepada Sonia.

Sonia pada 2019 didiagnos dengan glomerulosklerosis segmental fokus, sejenis penyakit buah pinggang yang jarang berlaku. Dia ketika itu perlu menjalani rawatan dialisis.

Keempat-empat suspek ditahan selepas mangsa yang tinggal di jalanan di Lagos memberitahu polis dia menjadi mangsa aktiviti penyeludupan manusia.

Lelaki berkenaan memberitahu pegawai bahawa dia diseludup masuk ke Britain pada 20 Februari dan dibawa ke Hospital Percuma Diraja di London untuk menjalani ujian tanpa kerelaannya.

Mangsa berkata, dia enggan membenarkan pasukan perubatan mengambil buah pinggangnya selain turut mendedahkan dibawa tinggal di sebuah rumah di mana dia dilayan seperti hamba.

Dia kemudian berjaya melarikan diri sebelum melaporkan hal itu kepada polis selepas tiga hari tinggal di jalanan, demikian menurut perbicaraan di mahkamah.

Sementara itu, Ike, yang merupakan bekas timbalan presiden Senat Nigeria dan isterinya ditahan di Lapangan Terbang Heathrow selepas tiba dari Turkiye.

Sonia dan ibunya kini diikat jamin, manakala Iken dan Obeta kekal dalam tahanan.

Tiada pengakuan dibuat semalam dan Hakim Mark Lucraft menetapkan 16 Disember depan sebagai tarikh perbicaraan seterusnya. – Agensi

Share.

Leave A Reply