Ketika Artis Lain Rayu Minta Bantuan. Ini Tindakan Adam Shahz Buat Ramai Respek

| March 28, 2020 | 0 Comments

Ketika Artis Lain Rayu Minta Bantuan. Ini Tindakan Adam Shahz Buat Ramai Respek | Baru ni heboh ketika Makcik Kiah dapat bantuan, ramai artis pun merayu nak dapat jugak. Tapi lain dari lain, ini tindakan Adam Shahz buat ramai respek. Mengejutkan. Baca selanjutnya.

Adam Shahz Bersama Frontline Bantu Kekang Wabak Covid-19

KETIKA heboh mengenai rayuan segelintir artis kepada kerajaan, pelakon Adam Shahz dilihat mengambil jalan berbeza apabila ‘turun padang’ menghulurkan bantuan kepada barisan hadapan (frontliners) yang terlibat menangani wabak Covid-19.

Ujar Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 39, sudah sekilan lama dia melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan bersama barisan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Saya lebih berharap apa yang saya buat ini tidak dijadikan publisiti. Sebab saya tak nak orang anggap apabila ada musibah seperti Covid-19 ini baru nak tolong walaupun sebenarnya saya dah banyak kali sertai misi dan program bersama APM.

“Semua program itu saya terlibat secara sukarelawan. Termasuklah misi memberi bantuan kepada frontliners ini. Sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan, saya bersama anggota APM yang lain turun padang beri bekalan makanan kepada frontliners.

“Saya tidak menerima sebarang elaun atau bayaran tapi saya tidak kisah sebab ini adalah tanggungjawab untuk berkhidmat kepada negara. Lagipun, saya duduk rumah bukan buat apa-apa pun, lebih baik saya turun membantu,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, kecoh apabila selebriti Black Hanifah, Tomok dan Shuib menyuarakan pandangan mereka mengenai anak seni khususnya artis veteran dan pekerja belakang tabir perlu dibantu selepas kehilangan sumber pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Sekurang-kurangnya saya mewakili golongan anak seni, tak nak la orang pandang kata artis tak bantu pun., ADAM SHAHZ

Isu tersebut mendapat perhatian netizen yang kurang senang kerana menganggap golongan artis mempunyai kehidupan mewah seperti yang sering dipamerkan di media sosial.

Sebelum itu penglibatan Adam bersama APM mula dihebahkan seorang pengguna laman Twitter bernama @Topanesta apabila dia memuat naik foto ketika aktor itu sedang menyertai sesi agihan makanan.

Dalam pada itu, pelakon yang pernah terkenal menerusi filem Juvana itu mengakui diaterkejut apabila menerima banyak mesej masuk di telefon bimbit namun hanya membacanya selepas selesai menjalankan tugasannya.

Adam beri bekalan makanan kepada petugas kesihatan di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur.

“Saya terkejut juga masa tengah bertugas itu, handphone saya tak berhenti berbunyi. Pelik juga tapi saya tak buka dulu sebab nak selesaikan tugas. Bila dah balik rumah, barulah saya tahu rupa-rupanya ada kenalan di Twitter mengenai diri saya.

“Sebelum ini, saya pernah juga terima mesej yang marah kenapa saya tak sayang nyawa ikut serta misi beri bantuan itu. Tapi saya fikir, ini adalah tanggungjawab saya sebagai rakyat untuk membantu yang lain.

“Selain membalas semula kepada orang yang selama ini menyokong saya dalam perjalanan seni yang tidak seberapa ini. Sekurang-kurangnya saya mewakili golongan anak seni, tak nak la orang pandang kata artis tak bantu pun,” ujarnya.

Susulan penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac sehingga 14 April depan.

Sumber: Mstar

Tags: , , , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *