Ketua Menteri Melaka Tidak Perlu Letak Jawatan. Ini Sebabnya. | Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri, tidak perlu meletak jawatan untuk menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Calon Baru, Kita Ada Tugas Lebih Mencabar – Sulaiman Ali – Sumberkini

Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, berkata pembayaran gaji Datuk Sulaiman dibuat oleh kerajaan negeri, bukannya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, seseorang pegawai kerajaan negeri, termasuk ketua menteri yang bukan lantikan dan pengesahan jawatan JPA yang ingin bertanding kerusi Parlimen, dibenarkan berbuat demikian tanpa perlu meletak jawatan.

Beliau juga menyatakan, pegawai kerajaan lantikan dan pengesahan jawatan JPA yang perlu meletak jawatan sebelum menjadi calon kerusi Parlimen adalah pegawai yang berkhidmat di negeri tertentu.

Tambahan pula, Beliau menyatakan bahawa akan tengok siapa yang bayar gaji pegawai yang ingin menjadi calon PRU. Calon tersebut tidak boleh mempunyai dua pembayar gaji. Jika calon tersebut dari negeri, dia hendak bertanding Parlimen, tidak perlu letak jawatan sebab pembayar gajinya ialah kerajaan negeri.

Selepas menutup program Debat dan Pidato Kenegaraan Peringkat DUN Ayer Limau pada hari ini, beliau juga berkata, namun begitu, jika calon tersebut berkhidmat dengan agensi Persekutuan, dia perlu meletak jawatan sebelum menjadi calon Parlimen.

Program Debat dan Pidato itu disertai oleh empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dalam DUN Ayer Limau. Yang turut hadir, penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Datuk Ibrahim berkata, tiada masalah jika Sulaiman ingin bertanding kerusi Parlimen tanpa meletak jawatan. Beliau juga diminta mengulas desas-desus Datuk Sulaiman yang bakal bertanding kerusi Parlimen Masjid Tanah bagi mencabar penyandang, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin yang dikatakan akan mempertahan kerusi itu.

Selanjutnya, Datuk Ibrahim yang juga Ketua Pengarah Operasi Pilihan Raya UMNO Bahagian Masjid Tanah berkata, beliau tidak menyifatkan usaha UMNO dan BN untuk menang di kerusi itu sebagai ‘merampas semula’ kerusi.

Sebaliknya, beliau menyifatkannya sebagai ‘mengekalkan’ kerusi BN kerana pada PRU-14, Mas Ermieyati menang atas tiket UMNO dan BN, sebelum keluar UMNO pada hujung 2018.

Pada PRU-14, Mas Ermieyati menang dengan majoriti 8,159 undi selepas menewaskan Datuk Dr Sabirin Ja’afar dari PKR dan Nasir Othman (PAS).

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply