Kisah Ajaib Seorang Wanita Masih Bernyawa Selepas Perut Ditikam 30 Kali, Dirogol & Leher Dikelar 16 Kali | Menerusi Daily Star, seorang wanita yang dikenali sebagai Alisa Botha telah membawakan satu kisah yang menyayat hati yang pernah terjadi dalam hidupnya. Baca selanjutnya.

Kisah Ajaib Seorang Wanita Masih Bernyawa Selepas Perut Ditikam 30 Kali, Dirogol & Leher Dikelar 16 Kali

Pada suatu malam selepas keluar bersama rakan-rakan, Alisa Botha pulang ke apartmennya. Namun, ketika dia ingin keluar dari kereta dan menuju ke rumahnya, seorang lelaki yang bersenjatakan pisau telah menyerbu ke kenderaannya.

Lelaki itu kemudiannya memaksa wanita yang berusia 27 tahun itu untuk duduk di kerusi penumpang sementara dia mengambil alih kenderaan tersebut. Suspek kemudiannya mengambil rakan subahatnya sebelum mereka membawa wanita itu keluar dari bandar berkenaan. Takut akan keselamatannya jika melawan, wanita itu akur arahan lelaki tersebut.

Alison kemudiannya diperkosa, ditikam sehingga terkeluar organ dan merasakan lehernya dikelar sehingga nyaris terputus. Namun ajaibnya, wanita itu masih dapat bernafas.

“Saya sedar nyawa saya terlalu berharga. Ia memberi kekuatan untuk terus hidup” katanya.

Sebaik sahaja dua suspek itu memperkosa mangsa, mereka kemudiannya memutuskan untuk membunuh wanita malang itu. Alison telah dilemaskan, namun selepas pengsan, dia sedar semula.

Kedua-dua suspek yang mempunyai sejarah keganasan terhadap wanita menjadi geram kerana tidak dapat membunuh mangsa, mendorong mereka bertindak lebih kejam.

Wanita itu mendakwa dia masih ingat tatkala salah seorang suspek meluahkan ingin memotong organ-organ peranakan wanita tersebut. Pun begitu, biarpun badan penuh luka, organ-organ reproduksi mangsa terselamat.

Sebaik sahaja mereka memutuskan untuk meninggalkan wanita malang itu mati sendirian, kaki Alison terenggut, membuatkan kedua-dua suspek terus menyeksa mangsa.

Episod ngeri tersebut berterusan lagi apabila mereka mengelar leher wanita itu 16 kali.

“Apa yang saya boleh lihat, lengan bergerak di depan muka saya. Kiri kanan, kiri dan kanan. Pergerakannya menghasilkan bunyi. Bunyi basah, ia adalah bunyi daging saya dikelar terbuka.

“Dia memotong leher saya dengan pisau. Lagi, lagi dan lagi,” katanya.

“Ia rasa seakan mimpi tapi bukan. Saya tak rasa sakit, tapi ia bukan mimpi. Ia benar-benar berlaku. Lelaki itu mengelar leher saya,” katanya.

Suspek kemudiannya memandu pergi dengan puas hati. “Tiada siapa boleh terus bertahan/terselamat (dengan seksaan itu),” kata salah seorang daripada mereka.

Bagaimanapun, Alison masih bernafas dan terus hidup.

Selepas menulis nama para penyerangnya di atas pasir, wanita itu ternampak cahaya dari sebalik daun dan dia tahu, dia perlu ke jalan raya.

Sebaik sahaja dia cuba berdiri, dia merasakan kepalanya hampir terjatuh. Ketika ingin melangkah, Alison dapat merasakan sesuatu terkeluar daripada abdomennya.

Separuh nyawa, wanita itu mendekati jalan dengan menggunakan sebelah tangan untuk menahan ususnya daripada terkeluar daripada perut, dan satu lagi tangan untuk memegang kepala ditempatnya.

“Semasa saya berusaha, pandangan saya kabur dan terjatuh berkali-kali tetapi dapat bangun kembali sehingga saya sampai ke jalan,” katanya.

Nasib menyebelahi wanita itu apabila seorang pelajar veterinar, Tiaan Eilerd ternampak wanita itu terbaring di tengah jalan.

Menggunakan latihan veterinar yang pernah dia jalani, Tiaan memasukkan semula tiroid mangsa yang terdedah sebelum memanggil ambulans.

Luka yang amat teruk membuatkan para doktor di hospital terkejut dengan keadaan wanita itu.

Alison akhirnya menjalani pembedahan dan berjaya bertahan untuk hidup. Malah, detik tragedi serangan itu serta maklumat pelakunya masih segar di ingatan mangsa.

Semasa di hospital, dia mengenalpasti wajah dua lelaki itu daripada gambar-gambar polis, menjurus kepada penahanan pelaku yang digelar ‘Ripper Rapists’ pada ketika itu.

Kedua-dua suspek telah berhadapan lapan tuduhan termasuk menculik, merogol dan cubaan bunuh serta dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Ogos 1995.

Kini, biarpun luka emosi masih berbekas, Alison bangkit dan membantu mangsa-mangsa rogol untuk meneruskan hidup.

“Serangan itu membawa saya merantau seluruh dunia dan bantu menjadi inspirasi kepada orang lain.

“Kadangkala hidup membuatkan kita berasa kita menjadi mangsa.

“Ingatkan diri anda yang anda tidak bertanggungjawab ke atas apa yang orang lain lakukan. Hidup bukan apa yang terjadi kepada anda, tetapi bagaimana anda memberi respon ke atas apa yang berlaku kepada anda,” katanya.

Biarpun telah diugut untuk dirosakkan organ-organ peranakannya, Alison bersyukur kerana masih mampu hamil dan kini telahpun mempunyai dua anak lelaki.

Sumber : Daily Star

Share.

Leave A Reply