KISAH BENAR Pelajar Form 3 Datang Sekolah Lambat. Sebabnya Buat Cikgu Tergamam

| March 3, 2021 | 0 Comments

KISAH BENAR Pelajar Form 3 Datang Sekolah Lambat. Sebabnya Buat Cikgu Tergamam | Kejadian berlaku di Pulau Pinang. Seorang pelajar form 3 datang sekolah lambat. Sebabnya buat cikgu tergamam bila rupanya telah melibatkan kes polis. Apa sudah terjadi?

Kisah Benar Yang Berlaku Tahun 2010 Di Pulau Pinang

Pernah terjadi dahulu, seorang pelajar lelaki datang lambat kat sekolah jam 11 pagi. Cikgu cari dia kawasan sekolah tetapi tak jumpa.

kisah bunuh pulau pinang

Pelajar tu bagitau, dia ada dalam bilik staf untuk jawab test. Cikgu pun melangkah pergi ke bilik staf…Nak tau apa jadi?

Yang peliknya, pelajar itu tidak hadir pun perhimpunan pagi.

Kelas selepas perhimpunan pun dia tak masuk. Macam mana dia boleh bagitau cikgu, dia ada dalam bilik staf?
Eyes

Pelajar yang datang lambat ke sekolah ini baru tingkatan 3.

Dia tiba-tiba hadir ke sekolah jam 11 pagi. Tetapi, apa yang berlaku 3 jam sebelum itu telah mengubah hidupnya.

Cikgu syak ada sesuatu berlaku.

Segalanya terbongkar apabila seorang lagi pelajar yang lain tidak hadir ke sekolah pada sesi sebelah petang.

Dia patut ada di dalam kelas pada sebelah petang tetapi sebaliknya berlaku. Ayah pelajar itu dihubungi anaknya yang bersekolah pada sesi pagi.

Dia pelik adiknya tiada.

Ayah pun pergi ke rumah. Mungkin anaknya itu ada di rumah.

Pintu rumah dibuka. Ayah terkejut setelah nampak anaknya terbaring berlumuran darah.

Polis terus dihubungi.

Ketika pasukan polis datang ke rumah, pelajar lelaki itu, yang baru berusia 13 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dia terbaring berlumuran darah di bahagian leher di dalam bilik hadapan rumah itu.

Keadaan bilik itu agak berselerak ketika polis sampai. Hasil risikan penyiasat PDRM, polis mengenal pasti suspek yang membunuh pelajar itu.

Polis syak suspek ialah pelajar Form 3 yang dikatakan datang lambat ke sekolah tadi!

Pasukan penyiasat PDRM kemudian pergi cari pelajar Form 3 tadi di kawasan rumahnya. Polis berjaya jumpa ayahnya di sebuah pasar mini.

Ayah suspek kemudian panggil anaknya yang ada berhampiran. Ketika itu, polis berdepan dengan suspek.

Tetapi, kedua-dua tangan suspek pada ketika itu dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Apa hal?

Polis arahkan suspek keluarkan tangannya dari poket seluar. Mesti ada sesuatu yang disembunyikan.

Setelah kedua-dua tangan suspek dikeluarkan dari poket, polis dapat lihat ada kesan kecederaan pada tapak tangan suspek.

Pasukan polis kemudian berjaya jumpa uniform sekolah milik suspek di dalam tong sampah.

Ada kesan darah pada uniform sekolah!

Polis kemudian bawa suspek ke balai polis. Setelah memberi keterangan di balai, suspek memandu arah polis untuk menunjukkan barang-barang kes.

Polis kemudian pergi ke sebuah flat. Di situlah, suspek membuang sehelai seluar jeans, baju t-shirt dan pisau.

Kesemua barang itu dihantar pada pegawai kimia untuk dibuat analisa DNA.

Ahli kimia telah berjaya menjumpai DNA milik mangsa pada barang kes.

Analisa DNA juga dibuat pada darah di tempat kejadian.

Sekali lagi, ahli kimia berjaya menemui campuran DNA milik suspek dan mangsa. Tiada DNA orang ketiga dijumpai. Hanya milik suspek dan mangsa.

Pathologist Hospital Umum Pulau Pinang kemudian melakukan bedah siasat pada mayat mangsa

Doktor sahkan mangsa mati dibunuh kerana dikelar di bahagian leher dari arah belakang.

‘According to post modern, the cause of death was slash wounds to the neck’.

Tetapi, suspek nafikan dia yang bunuh sebab dia ada di sekolah pada masa kejadian. Betul ke?

Cikgu dipanggil sebagai salah seorang saksi ketika perbicaraan di Mahkamah.

Suspek didakwa di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh mangsa.

Cikgu kemudian ceritakan apa yang berlaku dalam bilik staf.

Ketika itu, cikgu berkenaan tidak nampak pun kelibat suspek di dalam bilik itu. Suspek tiada pun dalam bilik staf seperti yang dikatakan.

Suspek tidak pun menjawab test di dalam bilik staf.

Jadi, tempoh dari jam 8 pagi hingga 11 pagi sebenarnya suspek membunuh mangsa!

Ketika dibicara, suspek berkali-kali menafikan dia yang membunuh. Suspek kata ada orang ketiga yang membunuh, bukan dia.

Pagi kejadian, suspek dan orang ketiga itu pergi ke rumah mangsa. Orang ketiga itulah yang membunuh.

Tetapi, siapakah orang ketiga tu?

Dia berkata pada mahkamah, dia hanya bertindak pasif ketika kejadian. Yang membunuh ialah orang ketiga.

Berulang kali suspek berkata ‘I am not a murderer!’

Hakim menafikan hujahan Peguam bela suspek. Tiada bukti DNA milik orang ketiga itu pada kesemua barang kes.

Pisau yang digunakan untuk membunuh juga tiada DNA orang ketiga, hanya ada DNA suspek.

Disebabkan tiada bukti yang kukuh untuk mengaitkan adanya orang lain yang membunuh, Mahkamah Tinggi memutuskan suspek bersalah.

Keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Panel 3 hakim Yang Amat Arif Abu Samah Nordin, Aziah Ali dan Hamid Sultan memutuskan suspek bersalah membunuh mangsa.

Cara mangsa dibunuh menunjukkan suspek berniat membunuh mangsa.

‘The brutal manner in which the suspect slashed the deceased’s throat indicates the act done with knowledge that the resultant injury was likely to cause death’.

Tetapi, disebabkan suspek baru berumur 15 tahun ketika kejadian, suspek tidak boleh dihukum gantung.

Suspek akan dimasukkan ke penjara sebagai tahanan limpah atas perkenan TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Ini bermaksud suspek akan kekal berada di dalam penjara selagi belum dapat pengampunan dari TYT Yang Dipertua Negeri.

Kes tragis ini berlaku antara jam 8 pagi hingga 11 pagi di Tingkat 1, Blok 88C, Jalan Paya Terubong, Taman Sri Relau, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Ogos 2010.

Penghakiman penuh boleh dirujuk dalam kes Duruvendran v Public Prosecutor [2016] 5 MLJ 281 (Mahkamah Rayuan Putrajaya).

Menurut kata suspek, ada tuala digunakan untuk membalut leher mangsa sebab darah dikatakan keluar terlalu banyak.

Tuala itu dijemur di atas lantai bawah meja post mortem kerana terlampau basah.

Keesokan harinya, tuala itu dibuang ‘cleaner’ dan tidak lagi berjaya dijumpai.

Motif pembunuhan terus kekal misteri.

3 bulan sebelum kejadian, suspek mengatakan orang ketiga dalam kes ini dikatakan mengambil barang kemas milik emak suspek.

Berkemungkinan mangsa juga menuduh orang ketiga itu memgambil barang kemas milik emak suspek.

Jadi, suspek berpakat dengan orang ketiga itu untuk membunuh mangsa.

Namun, kelibat orang ketiga itu dinafikan Mahkamah.

Jadi, adakah benar ada orang ketiga ketika pembunuhan yang berlaku?

Persoalan ini terus kekal misteri sehingga ke hari ini. (Nak Baca Lagi Kisah Misteri ? BACA Ni Pula – KISAH BENAR Si Ayah Keluar Dengan 3 Anak, Tapi Pulang Sendiri. Apa Dah Jadi?)







Sumber: Twitter Sir Kamarul

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *