KISAH BENAR Si Ayah Keluar Dengan 3 Anak, Tapi Pulang Sendiri. Apa Dah Jadi?

| February 12, 2021 | 0 Comments

KISAH BENAR Si Ayah Keluar Dengan 3 Anak, Tapi Pulang Sendiri. Apa Dah Jadi? | Kejadian berlaku di Kluang Johor. Petang kejadian, jiran sebelah rumah nampak seorang ayah keluar dari rumah. Beberapa minit kemudian, si ayah pulang ke rumah. Tetapi, 3 anaknya tadi tidak kelihatan. Apa dah jadi?

Kisah Benar Yang Berlaku Tahun 2011 Di Kluang Johor

Pada petang kejadian itu, emak kepada ketiga-tiga anak kecil itu tiada di rumah. Dia pergi ke hospital kerana mengalami kecederaan.

Emak bagitau doktor bahawa dia dipukul suaminya. Setelah mendapatkan rawatan, pihak hospital nasihatkan dia untuk buat laporan polis.

Si emak kemudian berjalan keluar dari hospital. Duduk di tempat awam. Dia pun hubungi suaminya. Untuk mengambilnya pulang ke rumah.

Tetapi, tunggu punya tunggu, si suami tidak muncul-muncul. Berkali-kali si isteri cuba hubungi suaminya.

Akhirnya panggilan dijawab. Tetapi…

Si suami menjawab panggilan. Tetapi, belum sempat si isteri bercakap, si suami terus berkata-kata.

Dalam panggilan itu, si suami bagitahu isterinya, dia telah melalukan kesalahan besar. Gelabah terus isteri bila mendengar.

“Salah apa?”, tanya isteri.

Si suami mengaku dia baru sahaja membunuh ketiga-tiga anak mereka.

Luluh perasaan si isteri mendengarnya. Panggilan terus diletak. Si isteri terus hubungi pak ciknya dan meminta tolong pak ciknya datang mengambilnya segera untuk pulang ke rumah.

Pak cik kemudian datang.

Pak cik terus membawa si isteri pulang ke rumah. Penuh orang ada di rumah. Penduduk di situ sudah tahu berita pembunuhan itu.

Si suami bertindak menceritakan hal tersebut pada penduduk di situ. Si isteri terus tanya suami di mana anak mereka?

Si suami hanya berdiam diri.

Si suami yang ada di rumah ketika itu hanya terus membisu. Tidak diceritkan di mana anak-anak mereka.

Di lantai rumah, si isteri ada ternampak kesan muntah.

Si isteri kemudian dimarahi suaminya sebab banyak kali bertanyakan mana kelibat anak-anak mereka.

Si isteri terus buntu. Kalau betul anaknya dibunuh, mana mereka sekarang?

Kawan baik si suami dipanggil datang ke rumah. Cuba pujuk si suami. Supaya dia bagitau mana 3 orang anak kecil itu berada sekarang.

Setelah berbual-bual dengan si suami, akhirnya kawannya dapat berita.

Si suami bagitahu kesemua anaknya ada di kawasan kolam air di kawasan ladang berdekatan rumah.

Kemudian, ramai-ramai terus pergi ke kolam tersebut. Anak kecil itu mesti dicari. Hari makin gelap.

Si suami juga pergi ke kolam tersebut. Sampai je di kawasan kolam, si suami tiba-tiba menangis.

Dia terus ditanya kenapa menangis. Dia pun jawab. Anak-anaknya ada di dalam kolam tersebut.

Orang ramai cuba cari anak-anak kecil tersebut namun gagal. Seorang pun tidak dijumpai.

Disebabkan fakta dan pengakuan yang dibuat si suami, pihak polis kemudian menangkapnya.

Si suami (suspek) dituduh membunuh kesemua anaknya dengan cara melemaskan mereka di dalam kolam.

Kes dibicara di Mahkamah Tinggi Muar.

Kesemua mayat anak kecil tersebut kemudian berjaya dijumpai.

Mahkamah Tinggi telah memutuskan suspek bersalah membunuh.

Bukti jelas menunjukkan suspek adalah orang terakhir bersama-sama dengan kesemua anaknya itu.

Kes kemudian dibawa ke peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Ada sesuatu yang mencurigakan berlaku.

Peguam bela mengemukakan hujahan bahawa tiada bukti menunjukkan suspek melemaskan anak mereka.

Kes didengar di hadapan 3 panel hakim, Yang Amat Arif Mokhtarudin Baki, Tengku Maimun Tuan Mat dan Zamani A Rahim. Bukti yang ada sekarang ialah:

1) suspek dilihat membawa anak-anaknya naik motosikal membeli jajan

2) suspek pulang tanpa kelibat anaknya

3) Suspek sendiri mengaku telah membunuh anak-anaknya.

4) Suspek bagitahu anaknya ada di dalam kolam

5) Suspek kemudian menangis di tepi kolam.

Kesan muntah di lantai rumah dipercayai kerana suspek cuba memakai racun selepas kejadian berlaku.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kelakuan suspek yang menangis di tepi kolam tidak boleh dijadikan sebab konklusif dia bersalah membunuh.

Ketika mencari mayat anaknya,selipar anak sulung berjaya ditemui.

Mahkamah mengatakan ianya boleh menjurus pada kesimpulan bahawa anak -anak kecil itu sebenarnya mati lemas.

Hubungan suspek dengan kesemua anaknya adalah sangat akrab.

Tiada apa2 motif bagi menyebabkan suspek bertindak membunuh anak mereka dengan melemaskan mereka di dalam kolam.

Keterangan datuk mangsa yang ada di rumah pada hari kejadian menjadi penentu.

“Dia (suspek) datang ke rumah dan beritahu saya, dia nak jemput isterinya. Selepas itu, dia tanya saya ada jumpa tak anak-anak dia”.

“Saya jawab saya tidak jumpa”. “Dia pun pergi cari anak-anak dia”.

Mahkamah Rayuan mendapati ada dua kesimpulan yang berjaya dibuktikan di sini.

1) Disebabkan suspek adalah orang terakhir bersama mangsa, suspeklah yang dikaitkan membunuh kesemua mereka.

2) Anak-anak kecil itu secara sendiri merayau-rayau di kolam dan akhirnya lemas.

Disebabkan kegagalan pihak pendakwa untuk menyakinkan Mahkamah bahawa kesimpulan no 1 itu berjaya dibuktikan dengan menafikan kesimpulan kedua, suspek tidak boleh dianggap bersalah membunuh.

Dengan adanya keraguan, keraguan itu akan berpihak pada suspek.

Disebabkan adanya keraguan adakah suspek benar-benar melemaskan kesemua anaknya, suspek tidak boleh disabitkan bersalah membunuh.

Mahkamah Rayuan membebaskan dan melepaskan suspek dari tuduhan membunuh.

Dalam keadaan wujudnya kesimpulan lain yang tidak menunjukkan kebersalahan suspek, kami berpendapat sabitan terhadap suspek adalah tidak selamat’.

Suspek tidak dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Kes berlaku di kolam Ladang Air Lambak Elias, Jalan Mengkibol, Kluang Johor.










Sumber: Twitter Sir Kamarul

Tags: , , , , , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *