KJ ‘Diserang’ Kumpulan Antivaksin, Didakwa Bela Jin. Ini Respons KJ.

| October 17, 2021 | 0 Comments

KJ ‘Diserang’ Kumpulan Antivaksin, Didakwa Bela Jin. Ini Respons KJ. | PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi jawapan bernada sindiran apabila ‘diserang’ oleh kumpulan dipercayai antivaksin susulan kenyataannya bahawa kerajaan akan menyusahkan kehidupan golongan itu.

KJ 'Diserang' Kumpulan Antivaksin, Didakwa Bela Jin. Ini Respons KJ.

Menerusi perkongsian di Instagram, Khairy menjawab dakwaan kononnya mengaitkan gelang hitam yang dipakainya pada tangan kiri sebagai petunjuk beliau membela empat jin untuk melindungi dirinya.

“Salah, saya guna 4 jenis jin vaksin untuk melindungi Malaysia, Sinovac, Pfizer, CanSino dan AstraZeneca,” tulis Khairy dalam ‘Instastory’ beliau.

Khairy semalam dilaporkan berkata, kerajaan akan mengambil pendekatan tegas dengan ‘menyusahkan’ mereka yang enggan menerima vaksin.

Bagaimanapun katanya bagi yang tidak dapat divaksin atas alasan kesihatan, mereka tidak akan menghadapi dengan apa-apa kesulitan kerana mereka akan diberikan pengecualian digital MySejahtera.

“Maaf saya katakan, kalau anda tidak mahu menerima vaksin atas pilihan sendiri, jadi kita akan buatkan hidup anda sukar, dan akan berterusan begitu.

“Tidak boleh makan di restoran, tidak boleh ke pusat beli-belah, dan kita juga akan keluarkan Strategi Ujian Nasional minggu depan.

“Ada kemungkinan mereka (yang enggan mengambil vaksin) akan diminta membuat ujian mengikut kekerapan tertentu, yang biayanya perlu ditanggung sendiri. Pesanan ini adalah untuk meminta supaya anda mengambil vaksin,” katanya semalam.

Sumber: Free Malaysia Today

Tags: , ,

Category: POLITIK, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *