KKM Sahkan Imej Yang Tular Mengenai Borang Persetujuan Suntikan Covid-19 Adalah Palsu
KKM Sahkan Imej Yang Tular Mengenai Borang Persetujuan Suntikan Covid-19 Adalah Palsu | Menerusi satu hantaran di laman rasmi Facebook, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan imej yang tular mengenai Borang Persetujuan Suntikan Covid-19 adalah palsu.
Menurutnya, pihak KKM tidak pernah mengeluarkan sebarang borang untuk Program Imunisasi Covid-19 tersebut.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah.
Tular di media sosial mengenai kononnya borang berikut adalah Borang Persetujuan Suntikan COVID-19.
Pihak Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan bahawa imej tersebut adalah palsu / fake news, ianya tidak dikeluarkan oleh KKM dan bukanlah borang persetujuan (consent form) untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia