Wanita tular yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di kelab komedi, Siti Nuramira Abdullah dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan tidak akan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini.

Komediri Hina Islam Dibebaskan Dengan Ikat Jamin JAWI. 'Ini' Sebabnya..

Difahamkan pendakwaan itu tidak diteruskan kerana ia membabitkan tuduhan sama dan hukuman yang dikenakan terhadap wanita itu di mahkamah sivil lebih berat daripada hukuman di mahkamah syariah.

Paralegal kepada peguam R Sivaraj yang mewakili Siti Nuramira, Hannann Syoffeeya Zainal Syahrir dalam kenyataan hari ini berkata, beliau menerima panggilan daripada pegawai JAWI pada jam 10 malam semalam yang memaklumkan wanita itu akan dibebaskan tanpa jaminan atau bon oleh JAWI dengan serta merta.

Menurut Hannann Syoffeeya, beliau turut dimaklumkan bahawa JAWI akan berhubung dengan Siti Nuramira atau pihaknya apabila sudah bersedia untuk meneruskan prosiding pendakwaan.

Beliau diberitahu Siti Nuramira dibawa ke rumah ibu saudaranya di Kelana Jaya, Selangor pada mulanya tetapi ibu saudara Siti Nuramira keberatan untuk menerima dan menempatkan anak saudaranya itu.

Jelasnya, Siti Nuramira kemudian dihantar ke sebuah lokasi di ibu kota iaitu tempat di mana saya tinggal. Saya kemudian membawanya ke dalam kereta dan dia meminta bertemu Sivaraj dengan segera sebelum saya menghantarnya pulang ke rumah di Petaling Jaya.

Katanya lagi, selepas menghabiskan masa bersama Sivaraj di Dataran Merdeka dan kemudian beredar.

Sementara itu, pasukan peguam wanita terbabit berkata, mereka sudah bersedia untuk prosiding pendakwaan di mahkamah hari ini, bagaimanapun setakat jam 9 malam tadi, mereka tidak berjaya mendapatkan seorang penjamin untuk membantu Siti Nuramira.

Katanya, mereka hanya berjaya mendapatkan seorang akauntan dari London yang baru pulang ke Malaysia, namun peguam syarie berasa lelaki terbabit tidak sesuai menjadi penjamin, oleh itu mereka terus mencari penjamin yang sesuai.

Semalam, Siti Nuramira ditahan penguat kuasa JAWI selepas dibebaskan dengan jaminan berkaitan pertuduhan menghina Islam yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Pada 13 Julai lalu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam ketika melakukan persembahan di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali membenarkan Siti Nuramira diikat jamin RM20,000 oleh seorang penjamin.

Pada hari yang sama, teman lelakinya V Alexander Navin mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memuat naik kandungan menghina di media sosial.

Sumber: Berita HarianĀ 

Share.

Leave A Reply