Komentar Anwar Ibrahim Pakej Rangsangan Ekonomi Yg Diumumkan PM Petang Tadi.

| March 27, 2020 | 0 Comments

Komentar Anwar Ibrahim Pakej Rangsangan Ekonomi Yg Diumumkan PM Petang Tadi. | Petang tadi Perdana Menteri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas dengan Covid-19. Ini komen dan pandapat YB anwar Ibrahim. Baca selanjutnya.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim hari ini mengesyorkan pakej rangsangan berjumlah RM250 billion yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini dibawa ke Parlimen untuk dibahas.

“Sekarang ini bila tambah RM25 bilion, dari mana sumber? Bagaimana boleh bayar hutang, bagaimana boleh diperinci pelaksanaannya.

“Saya syor perdana menteri beri pertimbangan serius, beri ruang kepada semua pihak untuk bahas dan beri sokongan dengan maksud memperbaiki,” katanya.

Secara keseluruhannya, Anwar berkata beliau gembira dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun beliau tidak mahu agihan bantuan yang diumumkan kerajaan dilakukan orang politik ataupun “perompak” kerana khuatir akan berlaku ketirisan.

Komentar Pasca Pengumuman Rangsangan Prihatin PM Tan Sri Muhyiddin Yassin

Posted by Anwar Ibrahim on Friday, March 27, 2020

Sumber : Kinitv.com & FB Anwar Ibrahim

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *