Kontena Terbakar Punca Laluan Terhalang Lebih Dua Jam

| June 9, 2021 | 0 Comments

Kontena Terbakar Punca Laluan Terhalang Lebih Dua Jam | Seorang pemandu kontena mengalami kecederaan apabila kenderaan dipandunya hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan terbakar di Kilometer 263.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh dekat sini petang semalam.

Kontena Terbakar Punca Laluan Terhalang Lebih Dua Jam

Kejadian itu sekaligus menyebabkan trafik arah selatan berhenti manakala trafik sebelah utara bergerak perlahan selama dua jam berikutan operasi kerja pemadaman api sedang giat dijalankan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.29 petang sebelum mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, operasi pemadaman tersebut turut dibantu oleh BBP Ipoh, BBP Kuala Kangsar dan pasukan bomba sukarela Pekan Baru.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati sebuah lori kontena yang membawa muatan kadbod terbakar lebih 60 peratus dan terdapat seorang mangsa lelaki warga tempatan iaitu pemandu kenderaan mengalami kecederaan pada tangan dan kaki.

Tambahnya, bomba juga mengalami kesukaran untuk mengeluarkan memadamkan api kerana bahan muatan yang dibawa adalah jenis mudah terbakar menyebabkan api marak dengan cepat.

Operasi pemadaman juga dibantu oleh petugas PLUS bagi mengalihkan lori kontena tersebut menggunakan tren.

Anggota bomba kemudian bertindak menggunakan semburan buih serta dua aliran 60 meter pancutan menggunakan kenderaan bantuan air bomba untuk memadam kebakaran.

Operasi yang diketuai PBK II Kousaidi Mohd. Saad serta turut disertai pegawai kanan, Penguasa Bomba Aidil Adlee Che Mee itu tamat sepenuhnya pada pukul 3.11 pagi tadi.

Sementara itu, maklumat Twitter PLUS menyatakan, lorong kiri arah selatan mula dibuka pada pukul 8.28 malam manakala lorong kanan kedua-dua arah serta tengah arah utara masih ditutup bagi kerja-kerja pengalihan kontena berkenaan.

Trafik kemudian kembali terkawal dan laluan kedua-dua arah dibuka semula pada jam 4.40 pagi.

Sumber: Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *