Perjalanan konvoi bermotosikal bertukar tragedi selepas seorang penunggang maut manakala seorang lagi cedera apabila motosikal dinaiki mereka terbabit nahas dengan sebuah lori tanpa muatan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat Simpang Pulai, di sini, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, Mohd Sapri Yeop Mohamad, berkata lebih tragis apabila mangsa maut berusia 47 tahun yang menunggang motosikal Yamaha MZ150 maut selepas digilis tayar lori terbabit pada bahagian kepala.

Beliau berkata, insiden itu turut mengakibatkan seorang lagi penunggang motosikal lain berusia 50-an yang berada di belakang cedera ringan akibat terbabas.

Image

“Difahamkan terdapat 40 motosikal dalam perjalanan ke Cameron Highlands kerana mengikuti konvoi itu.

“Lori yang terbabit dalam nahas ini adalah lori 10 tan tanpa muatan. Bomba mengambil masa kira-kira lima minit bagi membawa keluar mangsa yang digilis itu,” katanya sewaktu dihubungi.

Khidmat anggota bomba BBP Simpang Pulai digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 1.49 tengah hari tadi dengan operasi tamat jam 3.19 petang.

Sumber : Harian Metro

 

ARTIKEL MENARIK UNTUK DIBACA

Buruh Indonesia [email protected] Digilis Rakan Sekerja

Buruh Indonesia [email protected] Digilis Rakan Sekerja | Superintenden Arshad Abu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, berkata, mangsa, Abd. Hafis, 33, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala kira-kira pukul 4 petang.

Beliau menyatakan bahawa nahas dipercayai berlaku apabila lori yang dipandu seorang pekerja tempatan berusia 49 tahun tidak menyedari mangsa berada di hadapan kenderaan berkenaan.

Beliau berkata lagi, kemalangan berpunca apabila pemandu tidak nampak mangsa yang sedang menggulung kain kanvas di kawasan pusat timbang dan telah melanggarnya.

Beliau bertambah lagi dalam kenyataan hari ini bahawa akibat insiden itu, mangsa yang bekerja sebagai buruh disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambah Arshad, mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Share.

Leave A Reply