KRI Nanggala 402 Di Fasa Tenggelam, 6 Serpihan Ditemui Di Lokasi Pencarian

| April 24, 2021 | 0 Comments

KRI Nanggala 402 Di Fasa Tenggelam, 6 Serpihan Ditemui Di Lokasi Pencarian | Indonesia kini mengesahkan Kapal Selam ‘KRI Nanggala-402’ dipercayai kini berada di fasa tenggelam selepas mereka menemui beberapa barang yang menjadi milik kapal selam tersebut yang ditemui di lokasi pencarian iaitu di perairan utara Pulau Bali.

KRI Nanggala 402 Di Fasa Tenggelam, 6 Serpihan Ditemui Di Lokasi Pencarian

KRI Nanggala 402 Di Fasa Tenggelam, 6 Serpihan Ditemui Di Lokasi Pencarian

Ketua Tentera Laut, Yudo Margono menerusi laporan media tempatan berkata, kapal tersebut dikesan telah tenggelam pada kedalaman 850 meter selepas mereka dilaporkan menghadapi kesukaran dalam mencari dan menghadapi risiko dalam proses ‘pengusian’.

Berdasarkan para pakar Laut Indonesia, laut utara Bali adalah palung dengan kedalaman 700 meter dan jika ke timur, kedalaman bahkan boleh mencapai sekitar 1.300 meter. Sementara itu, keadaan arus lautan relatif juga agak kuat dan berputar selepas kerana pengaruh arus global yang disebut Alindo atau arus laut di kepulauan Indonesia.

Pasukan penyelamat kini tela menemui kira-kira enam serpihan serta beberapa komponen dan barangan yang dipercayai menjadi milik kapal selam tersebut antaranya pelurus tabung peluru torpedo, paip pendingin serta botol berwarna oren yang mengandungi minyak pelincir kapal selam buatan Jerman tersebut.

Ujar beliau, barangan tersebut tidak akan ditemui jika tidak terdapat tekanan atau keretakan terdapat pada kapal selam itu dan tiada kapal lain berada di sekitar 10 batu nautika kawasan pencarian tersebut melainkan kapal selam ‘KRI Nanggala-402’.

Kapal selam milik Tentera Indonesia dikesan hilang sejak Rabu lalu, selepas kapal tersebut dikatakan sedang menjalani latihan tembakan torpedo sebelum terputus hubungan dengan darat kira-kira jam 10:37 pagi waktu tempatan. Harapan bagi menyelamatkan 53 anak kapal juga dilihat tipis selepas bekalan oksigen dikatakan hanya mampu bertahan selama 72 jam sahaja menurut pakar.

Kini, ratusan anggota telah dikerah bagi mencari KRI Nanggala-402 selepas bekalan oksigen hanya mampu bertahan selama 3 hari namun dilaporkan bekalan oksigen telahpun tamat pada jam 3 pagi waktu tempatan sementara kapal tersebut belum lagi ditemui.

Beberapa negara termasuk Malaysia, Singapura, Australia serta Amerika Syarikat dikhabarkan turut membantu dalam operasi mengesan kapal selam terbabit.

Sumber: Kompas.com 

Tags: , , , , , , , , ,

Category: DUNIA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *