Ahli Dewan Rakyat yang melompat parti sepatutnya dihukum dan tidak dibenarkan bertanding semula di kerusi yang dikosongkannya.

Langkah Shereton. 'Ini' Komen Ahmad Maslan Buat Ramai SETUJU

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata larangan itu wajar menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, yang dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau mencadangkan supaya yang melompat tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK). Tapi, kelihatannya apa yang kita nak pinda ini, kita akan benarkan mereka yang lompat itu untuk bertanding semula.

Beliau berpendapat perkara itu tidak wajar kerana kita perlu menghukum mereka yang melompat. Maka, sepatutnya kita tidak membenarkan mereka bertanding dalam pilihan raya.

Ahmad turut mencadangkan supaya Ahli Dewan Rakyat yang melompat parti wajib memulangkan wang berkempen kepada partinya.

Katanya, contohnya, Ahli Dewan Rakyat tidak boleh menggunakan lebih daripada RM200,000 (ketika berkempen). Maka, dia kena pulangkan RM200,000 itu kepada partinya supaya mereka berfikir banyak kali sebelum nak melompat.

Setiausaha Agung UMNO itu turut mencadangkan supaya Ahli Dewan Negara yang dipilih oleh parti, turut terikat dengan RUU berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply