Lantikan Muhyiddin Sebagai Pengerusi MPN. Ini Jawapan Anwar | Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Pemulihan Negara telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak tidak terkecuali Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melihat bahawa lantikan bekas Perdana Menteri tersebutĀ  sebagai tidak wajar susulan gagal dalam mentadbir negara sebelum ini.

Lantikan Muhyiddin Sebagai Pengerusi MPN. Ini Ulasan Anwar

Menurut Anwar, beliau tidak melihat pelantikan itu sebagai satu kelebihan buat negara dan mendakwa ia sebagai percaturan sesetengah pihak untuk tujuan mengekalkan kuasa.

Beliau berpandangan bahawa Muhyiddin kini dilihat tidak wajar dibebankan dengan tanggungjawab baharu, setelah terbukti sebagai Perdana Menteri dia ada kuasa yang tinggi untuk menyelesaikan masalah itu (Covid-19).

Tambahnya, ketika negara di bawah pemerintahan bekas Perdana Menteri itu selama setahun setengah, terbukti ekonomi merudum, pengangguran bertambah, dasar pengendalian meningkat justeru lantikan tersebut dilihat tidak berfaedah dan ia dianggap sebagai salah satu percaturan sesetengah pihak untuk kekal berkuasa.

Menerusi laporan Sinar Harian, Anwar telah memberi pandangan tersebut ketika ditemubual dalam satu program Sembang Spontan bersama Afdlin Shauki yang disiarkan secara langsung di Facebooknya pada Sabtu.

Beliau selaku ahli parlimen Port Dickson itu turut menyatakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu melaksanakan undi percaya selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan perkara tersebut menjadi agenda utama pada pembukaan sidang Parlimen akan datang.

Jika disingkap kembali pada zaman pemerintahan terdahulu seperti Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi melakukan undi percaya di Parlimen selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Anwar menyatakan bahawa kemungkinan Ismail Sabri tidak melakukan hal tersebut kerana takut sesama mereka dan menasihatkan agar lakukan undi percaya di dewan mengikut yang dititahkan YDPA.

Sumber: Sinar HarianĀ 

Share.

Leave A Reply