Pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia telah mendapat persetujuan daripada Presiden negara itu, Joko Widodo (Jokowi), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Lantikan Tajuddin Sebagai Duta Besar Malaysia Diterima Indonesia

Menurut Perdana Menteri, Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga telah mendapat surat persetujuan daripada Jokowi.

Tambahnya lagi, Tajuddin merupakan orang politik lama dan berpengalaman, kita tunggulah dia menjalankan tugas.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas kritikan terhadap pelantikan Tajuddin bagi menggantikan diplomat Datuk Zainal Abidin Bakar yang dilantik pada 2018 di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Mengenai kritikan daripada pelbagai pihak berhubung pelantikan itu juga, kata Ismail Sabri, esiapa sahaja berhak melakukannya.

“Sesiapa pun yang dilantik, bukan semua orang puas hati,” katanya.

Pelantikan Tajuddin yang juga veteran UMNO dikritik kerana mengambi alih peranan yang sepatutnya digalas oleh diplomat.

Bagaimanapun, Tajuddin bukan ahli politik pertama dihantar berkhidmat sebagai Duta Besar ke Indonesia kerana sebelum ini, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang juga seorang ahli politik pernah dilantik sebagai Duta Besar ke negara itu.

Zahrain dilantik semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Tajuddin yang berusia 74 tahun, pernah menyertai delegasi rasmi ketika lawatan kerja Ismail Sabri ke Indonesia bertemu Presiden Jokowi pada November lalu.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply