Larang Rentas Negeri Kecuali Bekerja Dan Terkandas Di Kampung.

| April 30, 2020 | 0 Comments

Larang Rentas Negeri Kecuali Bekerja Dan Terkandas Di Kampung. | KUALA LUMPUR: Perjalanan rentas negeri tidak dibenarkan kecuali bagi tujuan bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri selepas terkandas di kampung atau tempat lain.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung ketika cuti perayaan Aidilfitri juga tidak dibenarkan.

“Buat masa ini, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka,” katanya dalam perutusan khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja, hari ini.

Perdana Menteri berkata, aktiviti keagamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah ibadat juga tidak dibenarkan.

Beliau berkata, majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang membabitkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.

Sumber : BH

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *