Lari Dari Polis, Pencuri Jatuh Dalam Najis Lembu

| December 2, 2020 | 0 Comments

Lari Dari Polis, Pencuri Jatuh Dalam Najis Lembu | London – Seorang pencuri kereta menerima balasan setimpal apabila terjatuh dalam lubang dipenuhi najis lembu ketika cuba melarikan diri daripada polis.

Menerusi satu kemas kini jabatan polis Sussex di laman Facebook, suspek didakwa seorang penumpang sebuah kereta curi.

Suspek berjaya ditahan polis yang turun dan menariknya keluar dari lubang tahi lembu itu.

“Terima kasih kepada anggota yang bertugas, suspek berjaya ditahan dan selamat cuma badan mereka semua dipenuhi najis lembu,’ tulis status itu.

Tidak cukup dengan insiden memalukan itu, seluar suspek ketika ditahan sedikit terlondeh dan menampakkan seluar dalamnya saat tangannya digari.

Foto itu mengundang jenaka netizen yang meninggalkan komen-komen melucukan.

“Nampaknya tiada wangian ros menuju ke penjara,” tulis seorang pengguna.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *