Lawat Banjir Di Yan. Ini Luahan Dan Permintaan PM Buat Semua

| August 23, 2021 | 0 Comments

Lawat Banjir Di Yan. Ini Luahan Dan Permintaan PM Buat Semua | Perdana Menteri melawat ke kawasan tragedi kepala air baru-baru ini di Yan, Ini luahan serta permintaan PM pada semua.Baca selanjutnya..

Petaling Jaya – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berasa terkilan dan sedih dengan kemusnahan terhadap kediaman dan premis perniagaan di Titi Hayun akibat bencana banjir yang melanda.

Katanya di laman Facebook, selepas lawatan di Merbok, daerah Kuala Muda, beliau kini berada di Titi Hayun, Yan bagi melihat sendiri kesan bencana banjir yang berpunca daripada fenomena kepala air yang melanda kawasan itu tempoh hari.

“Sedih dan hiba melihat keadaan 1,856 kediaman dan premis perniagaan yang musnah dan terjejas teruk akibat bencana alam ini.

“Banjir buruk yang berlaku telah meragut enam nyawa dan ketika saya berada di Titi Hayun, mayat mangsa keenam yang hilang dalam tragedi kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai ditemui pasukan penyelamat,” katanya hari ini.

Beliau turut meminta agar orang ramai menyedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada semua mangsa bencana itu.

“Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terkorban. Semoga keluarga mereka tabah menghadapi ujian ini,” katanya.

Tags: , , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *