Lebih 200 M4ut Dan Ratusan Cedera Dlm Nahas Kereta Api Di India | NEW DELHI, India – Sekurang-kurangnya 207 orang terbunuh, lebih 850 lagi cedera dan ramai lagi dikhuatiri terperangkap dalam kemalangan ngeri melibatkan tiga buah kereta di negeri Odisha, timur India lewat kelmarin, kata pegawai-pegawai tempatan.
Wartawan AFP di tempat kejadian melihat kompartmen-kompartmen hancur terkoyak dan lubang-lubang berlumuran darah di lokasi nahas dekat Balasore, sekitar 200 kilometer (125 batu) dari ibu negeri Odisha, Bhubaneswar.
Sebilangan gerabak terbalik, manakala pekerja -pekerja penyelamat meneruskan usaha mencari dan mengeluarkan mangsa terselamat yang terperangkap dengan berpuluh-puluh mayat diletakkan di bawah cadar putih di sebelah landasan.
“Kami mengira sebanyak 207 kematian, namun angka korban dijangka terus meningkat.
“Kerja menyelamat diteruskan di tempat kejadian dan kami akan mengambil masa beberapa jam lagi untuk selesai,” kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Bomba Odisha, Sudhanshu Sarangi kepada dari lokasi kemalangan.
Sumber: KOSMO
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Remaja Main Papan Luncur Di Bumbung Kereta Api M@ut
Remaja Main Papan Luncur Di Bumbung Kereta Api M@ut | Gara-gara bermain papan luncur di bumbung kereta api, seorang remaja lelaki New York dilaporkan maut apabila kepalanya melanggar struktur landasan ketika kereta api merentasi Jambatan Williamsburg di Amerika Syarikat, pada petang Isnin.
Lapor New York Post, polis mengesahkan kejadian itu selepas mendapati remaja terbabit menaiki bumbung kereta api yang bergerak arah utara.
Difahamkan, kereta api itu menuju ke seberang jambatan apabila kepalanya terhempas pada bahagian struktur landasan sekitar 6.45 petang hari kejadian.
Mangsa kemudiannya terjatuh di bawah kereta api dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, menurut polis.
Lembaga Pengangkutan Metropolitan (MTA) menghentikan perkhidmatan kedua kereta api yang terlibat antara stesen Marcy Av dan Delancey St-Esses St selama beberapa jam ketika siasatan sedang dilakukan.
Kedua-dua kereta api itu masih beroperasi dengan kelewatan melepasi 11 malam, menurut agensi pengangkutan itu.
Identiti mangsa masih belum dilakukan susulan mahu menunggu pengesahan daripada pihak keluarga.
Dalam satu kenyataan, Presiden New York City Transit Richard Davey memberi amaran mengenai bahaya bermain papan luncur di kawasan kereta api bawah tanah.
Beliau berkata bahawa mereka menekankan betapa berbahayanya untuk menunggang atau bermain di luar kereta api ketika ia bergerak.
Beliau juga berkata bahawa memohon untuk ahli keluarga memaklumkan kepada anak-anak berhubung dengan bahayanya permainan yang kelihatan seperti menyeronokkan tetapi membawa maut.
Tahun lalu, beberapa remaja dikatakan cedera parah atau terbunuh semasa meluncur di kereta api bawah tanah.
Jumlah yang terlibat meningkat susulan dengan penyebaran di media sosial mengenai keseronokan bermain di kawasan itu, kata pegawai.
Insiden meluncur kereta api bawah tanah meningkat sebanyak 560 peratus dari Januari hingga Mei 2022.
Menurut MTA, ia merupakan sejumlah 449 kejadian berbanding 68 dalam tempoh yang sama pada 2021.
Ketua Transit NYPD Jason Wilcox menyifatkan permainan meluncur di kereta api bawah tanah sangat bahaya.
Beliau turut menyatakan bahawa kebanyakan insiden berlaku melibatkan golongan muda.
Katanya, tiada apa-apa yang menyeronokkan atau lucu tentang aktiviti ini dan mereka akan terus berusaha untuk menghalangnya.
Sumber: Siakap Keli