Lelaki 20 Tahun Maut Kemalangan, Langgar Pembahagi Jalan & Terpelanting | LIPIS – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh tembok pembahagi jalan di Kilometer 23 Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) di sini hari ini.

Mangsa bawa motor dari Kuala Lipis

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi itu berlaku ketika mangsa, Muhammad Alfi Husaini Zulkifli, 20, dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis ke Merapoh di sini.

“Apabila tiba di lokasi kejadian penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan.

“Akibat kemalangan mangsa telah tercampak ke laluan bertentangan dan meninggal dunia,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Jalan tiada lampu

Katanya siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan dua lorong sehala berselekoh dan semasa kejadiakn cuaca baik dan keadaan gelap tanpa lampu.

“Kemalangan dipercayai berpunca dari kecuaian penunggang motosikal yang gagal mengawal motosikal dengan baik dan masuk ke kelaluan bertentangan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Ibu Bapa M4ut Dlm Kemalangan, Budak 8 Tahun Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata | KEMAMAN – Seorang budak lelaki berusia lapan tahun menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa dan adik perempuannya maut dalam kemalangan di Kilometer 267.1, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Perasing di sini kelmarin.

Muhamad Uwais Wafiuddin Mohd. Riduan, 8, kehilangan ibu bapanya, Zahidah Hanisah Mohamad, 35, dan Mohd. Riduan Mohd. Yaacob, 35, yang maut di lokasi kejadian pada pukul 4 petang.
Adik bongsunya, Raudhatul Khayra, 3, pula meninggal dunia selepas 17 jam bertarung nyawa di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang, pada pukul 9.30 pagi semalam.

Kemalangan itu berlaku selepas kereta Proton Saga dipandu Mohd. Riduan dikatakan tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas merempuh penghadang kiri jalan di lokasi kejadian.

Impak pelanggaran itu menyebabkan kereta dinaiki mereka terseret sejauh kira-kira 33 meter sebelum melanggar pembahagi lebuh raya lalu terbalik.

Kehilangan anak dalam sekelip mata

Ibu kepada Zahidah Hanisah yang mahu dikenali sebagai Cikgu Jah, 60-an berkata, dia tidak sangka kehilangan tiga insan tersayang sekali gus sekelip mata.

“Hati saya lebih luluh me­ngenangkan nasib Muhamad Uwais Wafiuddin yang masih kecil tanpa ibu, ayah dan adik bongsu.

“Insya-Allah, saya akan jaga amanah membesarkan cucu lelaki saya ini selagi hayat dikandung badan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Cikgu Jah berkata, dia sememangnya menjaga Muhammad Uwais Wafiuddin sewaktu ibu bapanya keluar bekerja sebelum ini.

Dalam pada itu, dia membe­ritahu, sebelum kejadian, Zahidah Hanisah dan anak-anaknya menemani Mohd. Riduan untuk mendapatkan rawatan kaki di sebuah pusat perubatan di Kuantan.

Sempat tunaikan permintaan terakhir ibu

“Dua hari sebelum kemala­ngan, arwah Zahidah Hanisah sempat menunaikan permintaan saya untuk menikmati sate.

“Dia memang jenis anak yang tidak pernah menghampakan permintaan ibu. Tidak sangka sate itu juadah terakhir yang kami nikmati bersama,” katanya.

Cikgu Jah berkata, jenazah tiga beranak tersebut dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sekati, Kuala Terengganu pada pukul 5 petang semalam.

Sumber: Kosmo

 

Pasangan Suami Isteri Warga Emas M4ut Rempuh Belakang Lori

Sepasang suami isteri warga emas maut manakala anak lelaki mereka cedera parah setelah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 392.9 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Ajil di sini malam tadi.

pasangan wargaemas

Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, Mohd. Ghani Ismail, 68, yang merupakan pesara kerajaan dan isterinya, Minah Abdullah,69, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Anak lelaki mereka, Mohd. Hafizie, 32, yang memandu Toyota Hilux itu pula patah kedua-dua belah kakinya.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Hasmerra Hassan berkata, sewaktu kejadian, tiga beranak tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Tok Rimau, Pengadang Buluh, Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan Toyota Hilux dinaiki mereka dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh belakang sebuah lori treler membawa muatan hampas kelapa sawit.

“Impak rempuhan itu menyebabkan pasangan suami isteri warga emas (Mohd. Ghani dan Minah) masing-masing berada di tempat duduk penumpang hadapan dan belakang tersepit di dalam kenderaan yang remuk teruk,” katanya di sini hari ini.

Hasmerra berkata, mayat Mohd. Ghani dan Minah kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk tindakan lanjut.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply