Lelaki 25 Tahun Maut Kereta Langgar Pokok. AL FATIHAH.

| February 14, 2020 | 0 Comments

Lelaki 25 Tahun Maut Kereta Langgar Pokok. AL FATIHAH. | Seorang lelaki berusia 25 tahun maut apabila kereta dipandunya terbabas dan berlangar sebuah pokok. Baca selanjutnya.

POKOK TUMBANG SELEPAS DILANGGAR

Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Gual Periuk-Pasir Mas berhampiran Kampung Bawah Lembah di sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.55 petang itu, Abdul Sholahuddin Shaary, 25, maut selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Gual Periok menuju ke Padang Licin.

“Setiba di lokasi kejadian, kenderaan jenis Honda Civic yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan.

“Selepas itu, kenderaan tersebut terbabas ke sebelah kiri jalan dari arah Gual Periok,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, kenderaan mangsa kemudian melanggar sebatang pokok yang berada di bahu jalan tersebut.

Katanya, akibat rempuhan kemalangan itu pokok tersebut tumbang lalu menghempap kenderaan terbabit.

“Situasi itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mohamad Roy berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *