Lelaki 80 Tahun Maut Diseret Bersama Motosikal Sejauh 3kmĀ | Hampir setiap hari berita-berita mengenai kemalangan ngeri yang menyebabkan kecederaan parah, kehilangan nyawa mahupun kerugian harta benda disiarkan melalui media massa. Kemalangan sebegini berlaku tidak kira peringkat umur, muda atau tua mahupun jantina lelaki atau perempuan.

Lelaki 80 Tahun Maut Diseret Bersama Motosikal Sejauh 3km

Temerloh : Seorang warga emas maut akibat motosikal yang ditunggangnya diseret sejauh tiga kilometer oleh sebuah Nissan Frontier di Kilometer 10, Jalan Jerantut-Temerloh, pagi semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Abu Samah @ Mohd Tahir Singah, 80, telah menghembuskan nafas terakhirnya di tempat kejadian, berikutan parah pada sebelah kiri muka, bahu kiri, dan patah tulang rusuk.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, berkata siasatan mendapati nahas yang berlaku kira-kira pada jam 8.30pagi ketika Abu Samah yang menunggang motosikal seorang diri dari arah Jerantut menuju ke arah Temerloh.

Katanya, setibanya beliau di tempat kejadian, penunggang motosikal itu dipercayai membelok untuk memasuki simpang di sebelah kanan sebelum mangsa dirempuh oleh Nissan Frontier yang datang dari arah bertentangan.

Jelasnya, mangsa didapati telah diseret bersama motosikalnya sejauh tiga kilometer sebelum jatuh di atas jalan.

Mohd Yusri berkata, Nissan Frontier yang dipandu oleh seorang lelaki warganegara Indonesia yang tinggal di Kampung Paya Keladan dan dinaiki bersama dua penumpang Bangladesh.

Katanya, mangsa yang tinggal di Kampung Tan Sri Yahya Songsang, Temerloh itu tidak bekerja.

“Kemalangan menyebabkan motosikal terbabit kemek pada sisi kiri manakala Nissan Frontier kemek di bahagian hadapan sebelah kanan,” jelasnya kepada Berita Harian, hari ini.

Mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HSHAS), Temerloh, untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalanraya (APJ) 1987.

Sumber : Berita HarianĀ 

Share.

Leave A Reply