Pada kelmarin yang lalu , pihak polis telah menahan tiga orang lelaki tempatan yang telah disyaki terlibat dengan satu pergaduhan sehingga mengakibatkan seorang lelaki Australia cedera parah akibat dipukul dan diserang menggunakan senjata yang tajam di satu kawasan hiburan yang terletak di Jalan Tun Razak .

Lelaki Australia Dipukul Di Jalan Tun Razak. 'Ini' Keadaan Terkini Mangsa

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 4.54 pagi itu diterima Bahagian Siasatan Jenayah Wangsa Maju sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah menyatakan, hasil siasatan awal mendapati pergaduhan tersebut melibatkan lima hingga enam lelaki tempatan serta warga asing termasuk mangsa.

Beliau berkata, mangsa telah dipukul secara beramai-ramai dan salah seorang daripada suspek telah menggunakan senjata tajam sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa di bahagian belakang leher, badan dan juga telapak tangan.

Menurut Ashari, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil dan kini masih menerima rawatan.

Bertindak atas maklumat, pihak polis telah menahan tiga suspek lingkungan usia 20 hingga 30 tahun dan telah ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga Selasa.

Ashari berkata, mangsa cedera pada leher, badan dan telapak tangan kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan kini dalam keadaan stabil.

Sementara itu, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata dan polis masih meneruskan siasatan dalam usaha mengesan suspek lain yang masih bebas.

Sehubungan itu, pihak polis memohon kerjasama mana-mana saksi awam yang melihat kejadian berlaku untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply