Lelaki Bakar Kekasih Hidup-hidup. | Tertekan akibat didesak teman wanita supaya berkahwin, menyebabkan lelaki tergamak membelasah sebelum membakar wanita itu hidup-hidup.

 G Lokesh yang didakwa membakar teman wanitanya hidup-hidup. FOTO Agensi.

Polis Palladam mengesahkan penahanan suspek G Lokesh, 22, dari Rayarpalayam Khamis lalu, sehari selepas membunuh Pooja, 19.

Seorang pegawai penyiasat mendedahkan, Lokesh menjalin cinta dengan Pooja yang menetap di kawasan sama lebih setahun.

Katanya, pasangan kekasih itu berkenalan di tempat kerja sama.

Hubungan mereka tidak berjalan lancar sejak beberapa bulan lalu kerana perbezaan pendapat.

Wanita muda itu sering menghubungi Lokesh melalui telefon dan memintanya untuk mengahwininya.

Polis berkata, Pooja dan Lokesh bertemu di Appan Kadu, kawasan terpencil di Jalan Palladam-Pethapalayam untuk menyelesaikan masalah mereka, kira-kira 3.45 petang, Rabu lalu.

Perbualan mesra mereka berakhir dengan pertengkaran sengit.

Dalam keadaan marah, Lokesh memukulnya dengan tali pinggang dan mengetuk kepalanya dengan batu.

Polis menyata dalam portal Times Of India bahawa apabila Pooja pengsan, lelaki itu menyiramnya dengan petrol yang dia bawa dalam botol sebelum membakarnya hidup-hidup.

Apabila penduduk tempatan menyedari kebakaran itu, mereka bergegas ke tempat kejadian dan memadamkan api.

Pooja di bawa ke hospital kerajaan Palladam sebelum dirujuk ke Kolej Perubatan dan Hospital Combatore (CMCH).

Bagaimanapun, wanita itu disahkan meninggal dunia di CMCH, pagi Khamis lalu.

Lokesh masih dalam tahanan reman dan berdepan hukuman mengikut Seksyen 302 (pembunuhan) Kanun Keseksaan India.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

KEJAM. Lelaki OKU Dibakar Hidup-Hidup Ganti Mayat Orang Lain

KEJAM. Lelaki OKU Dibakar Hidup-Hidup Ganti Mayat Orang Lain | Gara-gara tidak mahu membakar mayat ahli keluarga mereka, seorang lelaki OKU menjadi mangsa skim ‘pertukaran mayat’ dengan dibakar hidup-hidup. Baca selanjutnya..

UPAH CULIK UNTUK GANTI MAYAT

Beijing – Seorang lelaki di China dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah menculik, memberi dadah, mengurung dan membakar hidup-hidup mangsa yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) sindrom down, empat tahun lalu.

Menurut akhbar South China Morning Post semalam, teruduh bernama Huang diupah oleh sebuah keluarga kaya yang mahu menggantikan mayat saudara mereka untuk proses pembakaran mayat dalam skim ‘pertukaran badan’.

Mangsa, Lin Shaoren, 36, diculik ketika mengutip sampah di tepi jalan pada 1 Mac 2017. Huang menculiknya dan memaksa dia menelan arak dalam kuantiti yang banyak.

Apabila Shaoren tidak sedarkan diri, dia dimasukkan ke dalam sebuah keranda yang siap sedia untuk ke tempat pembakaran mayat bagi pihak waris keluarga yang mengupah Huang.

Menurut laporan, keluarga si mati enggan membenarkan mayatnya dibakar seperti termaktub dalam undang-undang tempatan dan mahu mendiang dikebumikan bagi menuruti permintaan terakhirnya.

Huang dilaporkan menerima bayaran £12,000 (RM68,234) bagi skim ‘pertukaran badan’ itu.

Shaoren disenaraikan sebagai orang hilang selama dua tahun sebelum keluarganya mendapati dia telah dibunuh pada November 2019 apabila polis menggunakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) untuk menyelesaikan jenayah itu, lapor Sohu News.

Huang dijatuhi hukuman mati oleh sebuah mahkamah di Shanwei pada September lalu. Dia membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Rakyat Guangdong tetapi ditolak pada Disember lepas.

Di sebahagian wilayah China terutama di bandar-bandar besar, majlis pengebumian adalah dilarang oleh kerajaan.

Pihak berkuasa berpendapat pembakaran mayat menjimatkan penggunaan tanah dan lebih mesra alam.

Namun banyak keluarga lebih selesa mengebumikan anggota keluarga mereka kerana kepercayaan agama bahawa ia adalah satu-satunya cara untuk mendiang mati dengan tenang.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply