Lelaki Bergelut Dengan Peragut, Digigit Telinga Sampai Terkoyak

| September 21, 2021 | 0 Comments

Lelaki Bergelut Dengan Peragut, Digigit Telinga Sampai Terkoyak | Seorang lelaki mendakwa dia telah berdepan dengan insiden bergelut dengan seorang penjenayah yang meragut beg tangan isterinya dalam kejadian di Kampung Binjai di sini, baru-baru ini.

Lelaki Bergelut Dengan Peragut, Digigit Telinga Sampai Terkoyak

Menurut mangsa yang dikenali sebagai Mohd Hanif Hilmi, 29, menceritakan detik cemasnya melawan peragut yang memaksanya menekup hidung penjenayah terbabit sebelum dia dikatakan telah digigit oleh penjenayah terbabit sehingga koyak pada cuping telinga kirinya dan menerima tujuh jahitan.

Menurut Mohd Hanif, kejadian berlaku kira-kira 5.45 pagi itu, penjenayah yang menaiki sebuah motosikal meragut beg tangan isterinya di tepi jalan.

Katanya, penjenayah berkenaan kemudian terjatuh dari motosikal selepas dilanggar oleh kereta yang dipandunya.
Jelasnya lagi, penjenayah itu cuba melarikan diri dan dia sempat terkam penjenayah itu dari belakang sambil menekup hidung suspek.

Setelah itu, suspek dilaporkan meronta-ronta untuk melepaskan diri namun bertindak menggigit telinga kirinya sehingga koyak sebelum datang dua orang awam membantu dan menangkap suspek.

Mohd Hanif sebelum itu menerima sijil penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disampaikan Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat atas keberaniannya itu.

Sementara itu, Shafien mengatakan bahawa penahanan penjenayah tersebut menyebabkan polis berjaya menyelesaikan lima kes ragut menggunakan modus operandi dengan menyasarkan wanita bersendirian di tempat-tempat sunyi.

Semakan rekod lampau mendapati suspek memiliki 14 jenayah, kebanyakannya kes rompakan, ragut dan dadah. Suspek yang berjaya ditangkap dalam keadaan positif dadah jenis metamphetamine itu telah ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *