Lelaki Bertindak Baring Atas Jalanraya Dicari Polis | Polis sedang mengesan individu yang bertindak berbaring di atas jalan berhampiran stesen minyak Petronas Gunung Lang dekat Jalan Kuala Kangsar seperti video yang tular di laman sosial Twitter semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, setakat ini pihaknya belum mengetahui masa dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku.

Satu Laporan Polis Dibuat

Katanya, satu laporan polis telah dibuat dan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 283 Kanun Keseksaan atas kesalahan bahaya atau halangan di jalan awam

“Kita sedang mengesan individu terbabit dan aksinya yang dirakam kamera papan pemuka kereta itu dipercayai berlaku di Jalan Kuala Kangsar.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan lelaki itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Supetintenden Fadli Ahmad di talian 019-2500019,” katanya.

Lelaki Rebah Badan Atas Jalan

Video berdurasi 41 saat itu tular di media sosial dengan memaparkan seorang lelaki sambil memegang topi keledar melintas jalan sebelum dilihat merebahkan badan di atas jalan.

Tindakan lelaki terbabit menyebabkan beberapa kereta terpaksa berhenti dan mengelak daripada melanggarnya.

Sumber : Kosmo

Baca Juga Artikel Ini :

Wanita Cemas Warga Asing Lompat Dihadapan Kereta Mahu Dilanggar

Wanita Cemas Warga Asing Lompat Dihadapan Kereta Mahu Dilanggar | Seorang wanita berdepan detik cemas apabila seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba melompat di hadapan kenderaannya dipercayai bagi mencetuskan kemalangan.

Menurut perkongsian video di Instagram wanita tersebut katanya, kejadian berlaku ketika dia sedang melalui kawasan di bulatan Kampung Pandan pada petang semalam.

Lelaki  Itu Kejar Dan Panjat Kereta

“Pada mulanya saya memandu perlahan kerana sedang melihat aplikasi Waze, tiba di bulatan, lelaki ini tahan kereta dan mahu saya melanggar dia. Masa saya rakam video ini, sudah seminit juga dia tahan kenderaan saya.

“Saya undurkan kenderaan, tetapi dia kejar saya dan mula panjat kereta saya. Kereta banyak lalu-lalang tapi tiada siapa yang berhenti untuk membantu,” tulisnya.

Katanya, dia kemudian dibantu oleh seorang lelaki yang sedang menaiki basikal dan telah melihat kejadian itu dari awal.

Menerusi rakaman itu, dilihat lelaki terbabit cuba melawan, tetapi akhirnya berjaya diarahkan untuk turun dari kenderaan wanita berkenaan.

“Laporan polis sudah dibuat kerana bimbang jika ada yang mendakwa saya telah melanggar individu tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan juga memaklumkan dia tidak sempat berterima kasih kepada lelaki yang membantunya dan meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengenali individu terbabit.

Kejadian Tersebut Selalu Berlaku Di Luar Negara

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna bimbang dengan kejadian tersebut yang biasanya berlaku di luar negara.

“Takutnya tengok. Makin menjadi-jadi pula perangai warga asing, nasib baik ada yang membantu,” kata Nardyra.

“Dia nak adik ini jalan dan dia terjatuh jadi dia boleh tuduh adik ini langgar dia dan boleh minta ganti rugi. Terima kasih abang baju merah,” kata Bebe.

“Taktik macam ini dah selalu jadi dekat luar negara untuk tuntut ganti rugi. Risau pula dah berleluasa di Malaysia,” kata Anne.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 200,000 kali.

Sumber : Kosmo

Baca Juga Artikel Ini :

Pura² Jadi Mangsa Dera. Rupa²nya Lari Duit Majikan 10k.

Pura² Jadi Mangsa Dera. Rupa²nya Lari Duit Majikan 10k. | JOHOR BAHRU – Polis menafikan dakwaan seorang wanita warganegara Indonesia yang mendakwa menjadi mangsa dera majikan dan terpaksa melarikan diri bagi memohon bantuan seperti video yang sedang tular di media sosial ketika ini.

Pembantu rumah

BERLAGAK SEBAGAI MANGSA DERA

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, siasatan awal mendapati wanita yang berlagak sebagai mangsa itu telah melarikan diri dari rumah majikan di Taman Pelangi di sini dengan melarikan barang berharga dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM10,850.

Beliau berkata, perkara itu dijelaskan setelah anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menerima laporan daripada majikannya pada pukul 10.48 malam semalam.

“Pihak polis menerima laporan daripada wanita warga tempatan berusia 52 tahun mengatakan pembantu rumahnya yang juga warga asing telah melarikan diri bersama barang berharga dan wang tunai miliknya keseluruhan bernilai RM10,850.

“Suspek berusia 31 tahun itu melarikan diri dari rumah pengadu pada pukul 11.21 pagi kelmarin,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

VIDEO TULAR DI MEDIA SOSIAL

Terdahulu, tular video yang memaparkan seorang wanita warga Indonesia bertemu seorang lelaki mendakwa baru dua minggu bekerja di Johor sebagai pembantu rumah dan telah dipukul serta tidak diberi makan oleh majikannya.

Dalam video berkenaan, lelaki berkenaan mendakwa membawa wanita tersebut makan sebelum membuat laporan polis dan membawanya ke Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru, di sini.

Dalam pada itu, Raub berkata, pembantu rumah wanita itu telah melarikan diri sambil membawa sebuah beg beli belah warna biru dengan memanjat pagar hadapan rumah majikannya.

Tambahnya, suspek memakai baju t-shirt warna hitam berbelang kuning di bahagian dada dan berseluar merah ketika melarikan diri dari rumah majikannya.

Raub berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru mengesahkan menerima kehadiran wanita tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari kelmarin.

Konsul Bagian Penerangan dan Sosial Budaya KJRI Johor Bahru, Rizali Noor berkata, hasil temu bual mendapati wanita itu berada di Malaysia sejak 15 Jun lalu, namun pihaknya tidak mengetahui nama serta alamat majikan atau agensi yang terbabit.

Sumber : KOSMO

Share.

Leave A Reply