Lelaki Buat Aksi Tidak Senonoh Di Depan Budak Sekolah Ditahan Polis. Lelaki gila seks yang bertindak menujuk kemaluan kepada pelajar sekolah di sini pada Rabu lalu akhirnya berjaya ditahan polis. Baca seterusnya.

PUTRAJAYA – Lelaki gila seks yang bertindak menujuk kemaluan kepada pelajar sekolah di sini pada Rabu lalu akhirnya berjaya ditahan polis tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek berusia 38 tahun yang juga penganggur itu ditahan di rumah ibunya di sini pukul 12.30 tengah malam semalam.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebuah kereta jenis Proton Persona beserta serangkai kunci dan alat kawalan jauh selain sehelai baju warna hitam dan sehelai seluar jeans.

“Soal siasat mendapati, suspek mengaku terlibat dalam perbuatan itu dan memaklumkan telah pergi ke sebuah sekolah menengah dan sekolah rendah di Presint 11 masing-masing pukul 12.30 tengah hari dan 2 petang.

“Ketika berada di hadapan sekolah berkenaan, suspek telah mendekati dan bertanya kepada salah seorang pelajar perempuan sambil menunjuk dan menggoncang kemaluannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan juga mendapati suspek merupakan anak keempat dalam keluarga, masih bujang, tiada rekod jenayah lampau dan menetap bersama ibunya yang berusia 74 tahun.

A. Asmadi berkata, suspek sebelum ini pernah bekerja sebagai juruelektrik dan penunggang p-hailing.

Jelasnya lagi, suspek ditahan reman bermula semalam bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(a) Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan pihak polis memburu seorang lelaki selepas menerima laporan daripada dua pelajar perempuan yang mendakwa telah didatangi oleh suspek yang kemudiannya bertindak menunjukkan kemaluan kepada mereka.

Sumber: KOSMO

Share.

Leave A Reply