Polis mencari seorang lelaki yang membuat laporan palsu mendakwa telah membunuh isterinya di sebuah rumah di Ayer Keroh di sini, pada Rabu.

Lelaki Buat Laporan Palsu Dakwa Bunuh Isteri. 'Ini' Tindakan Polis Buat Ramai Setuju..

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, lelaki berusia 33 tahun itu menghubungi Balai Polis Ayer Keroh kira-kira jam 7.30 malam bagi memaklumkan perkara itu.

Bagaimanapun katanya, siasatan di alamat yang diberikan mendapati ia bukan rumah lelaki terbabit.

Jelasnya, sepasukan 20 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat tersebut.

Katanya dalam satu kenyataan, namun pemeriksaan yang dilakukan pasukan polis termasuk Unit Forensik di sekitar kawasan perumahan itu tidak menemui sebarang kesan atau kes jenayah seperti yang dilaporkan.

Jelasnya, polis juga sedang mengesan individu terbabit melalui nombor telefon yang digunakan untuk menghubungi balai polis berkenaan.

Beliau berkata, difahamkan kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, polis memandang serius perbuatan membuat laporan palsu dan tindakan undang-undang boleh diambil kepada mereka yang melakukannya.

Ujarnya, laporan palsu membazirkan masa dan tenaga anggota polis serta pegawai penyiasat semata-mata hendak menyiasat kes yang tidak wujud.

Sumber: Sinar HarianĀ 

Share.

Leave A Reply