Lelaki Cedera Sehingga Nampak Tulang Kaki Akibat Diserang Anjing Ketika Hantar Bungkusan | Seorang lelaki dipercayai penghantar surat dilaporkan cedera selepas diserang seekor anjing sehingga menyebabkan kecedaraan yang mengakibatkan tulang kakinya terdedah, di Scotland, baru-baru ini.

Cedera Sehingga Nampak Tulang Kaki Akibat Diserang Anjing Ketika Hantar Bungkusan

Menurut laporan The Glasgow Times, pemilik kepada anjing tersebut telah didakwa di Mahkamah Glasgow, Scotland pada Rabu selepas dia dikatakan tidak mengawal haiwan peliharaan itu sehingga menyebabkan kecederaan serta pemiliknya turut mengaku bersalah ketika perbicaraan tersebut dijalankan.

Mangsa dikenali sebagai Andrew Barton mengatakan bahawa dia diserang ketika menghantar sebuah bungkusan di Milton pada Februari tahun lepas oleh anjing mempunyai baka Staffordshire bull terrier yang diberi nama Bruno.

Ketika kejadian tersebut berlaku Barton tidak berbuat apa-apa tindakan terhadap anjing tersebut sehingga menyebabkan ia diserang katanya ketika perbicaraan dijalankan.

Tertuduh dikenali sebagai Stephanie Colquhoun,28, dikatakan sedang menjaga anjing milik rakannya, dan ia turut menjelaskan bahawa Bruno telah mula bertindak ganas beberapa hari sebelum kejadian namun berjaya mengawal anjing berkenaan.

Menurut pembacaan sebutan kes di mahkamah, Bruno menyerang Barton ketika dia tiba di pintu Colquhoun bagi menyerahkan sebuah bungkusan.

Pendakwaan yang telah dilakukan oleh pendakwa raya Sarah Latta, anjing berkenaan terus keluar dari dalam rumah dan menyerang Barton di bahagian kaki. Tambahnya, Barton telah cuba untuk melepaskan kakinya dari cengkaman anjing berkenaan namun tidak berjaya sehingga menyebabkan kecederaan yang serius.

Dia telah dikejarkan ke hospital sejurus selepas kejadian yang telah menyebabkan dia menerima 15 jahitan akibat serangan tersebut.

Mahkamah telah menetapkan bulan depan bagi memberi keputusan akhir kes berkenaan sama ada anjing itu harus dimatikan.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply