Lelaki Cuba Bunuh Diri Terjun Jambatan Berjaya Diselamatkan | Bomba mengambil masa selama 30 minit bagi memujuk seorang lelaki warga India yang cuba membunuh diri dengan terjun dari jambatan Jalan Kem di sini, malam tadi.

Lelaki berusia 50-an yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu didapati duduk di atas penghadang jalan jambatan tersebut.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 10.40 malam.

Katanya, setiba di lokasi kejadian didapati lelaki itu sudah berada di atas penghadang jalan dan disyaki sudah bersedia untuk terjun ke dalam sungai.

“Pasukan bomba kemudiannya melakukan pujukan selama 30 minit dan berjaya menyelamatkan lelaki itu daripada cuba membunuh diri.

“Lelaki berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply