Seorang kanak-kanak lelaki menggigit tangan seorang lelaki yang cuba menutup mulutnya ketika dia pulang dari sekolah dekat Rawang, petang kelmarin.

Lelaki Cuba Tekup Mulut Kanak-kanak Ketika Pulang Sekolah. 'Ini' yang Terjadi..

Pelajar Sekolah Kebangsaan Taman (SK) Tun Teja, Rawang, itu dilaporkan didekati seorang lelaki ketika mangsa keluar dari sekolah.

Kejadian jam 5.50 petang itu berlaku ketika kanak-kanak terbabit hendak membeli aiskrim berhampiran sekolahnya namun secara tiba-tiba tangannya dipegang oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Ibunya dalam laporan polis yang dibuat sehari kemudian, menyatakan bahawa lelaki itu cuba menutup mulut anaknya, namun anaknya kemudian menggigit tangan lelaki terbabit.

Dalam laporan itu juga dikatakan lelaki terbabit kemudian melarikan diri menaiki sebuah van berwarna putih.

Difahamkan semasa kejadian berlaku tiada seseorang pun saksi yang berada di kawasan berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan masih dijalankan.

Beliau berkata, satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat hari ini berhubung siasatan terperinci kes berkenaan.

Beliau turut meminta mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang dilaporkan sehingga siasatan selesai dilakukan.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply