Lelaki yang dikenali sebagai AN, 21, ditahan pihak polis selepas dipercayai menculik serta mencabul kanak-kanak bawah umur.

Lelaki Culik Kanak-Kanak Bawah Umur, Mengaku 'Bersama' Lebih 10 Kali...

Suspek ditahan pada Khamis (26/5) selepas mendapat laporan daripada penduduk bahawa ada individu yang melarikan kanak-kanak bawah umur.

“AN ingin dimarah oleh penduduk,” kata Ketua Siasatan Jenayah Polres Bulukumba, AKP Muhammad Yusuf.

Menurut kenyataan suspek, mangsa serta saksi, AN melarikan mangsa dan menyembunyikannya di rumah kebun miliknya.

Di rumah kebun itu, AN melakukan perbuatan terkutuk itu.

“AN membawa mangsa ke rumah kebun selama tiga hari. Kemudian, berpindah ke rumah kebun yang lain selama tiga hari,” jelas AKP Muhammd Yusuf.

“Dia mengaku melakukan persetubuhan seperti suami isteri lebih daripada 10 kali,” tambahnya lagi.

Setelah itu, suspek membawa mangsa pulang ke rumah neneknya.

Ketika itulah perbuatannya terbongkar dan penduduk segera melaporkannya kepada kerajaan tempatan.

Sumber: Tribun News

 

 

Share.

Leave A Reply