Lelaki Diacu Pistol Gara-Gara Ganggu Mesyuarat Online | Polis di Jakarta menahan seorang lelaki pertengahan usia kerana mengugut seorang pekerja binaan dengan menggunakan pistol angin, lapor laman Coconut News.

Suspek yang dikenali sebagai RPB dilaporkan bertindak sedemikian kerana mangsa, SES, melakukan kerja pengubahsuaian kediaman dalam keadaan bising sehingga mengganggu sesi mesyuarat online lelaki itu.

“RPB berang kerana bunyi di tapak binaan terlalu bising dan mengganggu dia yang sedang bermesyuarat secara online menerusi aplikasi Zoom.

“RPB telah meminta SES mengurangkan sedikit bunyi bising yang dibuat tetapi permintaan itu tidak diendahkan,” kata jurucakap Polis Metro Jakarta, Endra Zulpan.

Rakaman video yang menunjukkan RPB mengacu pistol angin ke arah SES tular di media sosial Indonesia.

Menerusi paparan video itu, RPB bertanya sama ada SES mahu ditembak di kaki atau lutut namun polis mengesahkan tiada sebarang tembakan dilepaskan.

RPB telah ditahan polis dan didakwa atas jenayah ugutan ganas, yang boleh dihukum penjara sehingga 1 tahun di bawah Akta Jenayah.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply