Lelaki Diberkas Rompak Bank Sama Dua Hari Berturut-Turut

| October 10, 2021 | 0 Comments

Lelaki Diberkas Rompak Bank Sama Dua Hari Berturut-Turut | California – Seorang lelaki ditahan selepas cuba merompak sebuah bank buat kali kedua dalam tempoh dua hari berturut-turut, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Menurut satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan polis Fountain Valley, Isnin lalu, Samuel Brown, 33, berjaya ‘membawa pulang sejumlah besar wang’ dalam rompakan yang dilakukan di bank Chase.

Dia telah menyelitkan sekeping nota amaran rompakan kepada pekerja bank itu pada pukul 3 petang (waktu tempatan).

Namun, wang tersebut tidak mencukupi dan Brown kembali semula ke bank tersebut dan cuba merompaknya sekali lagi.

Polis tiba di lokasi kejadian sekitar pukul 11.15 pagi (waktu tempatan) Selasa lalu dan menahan lelaki itu.

Menurut polis, Brown mempunyai waran tangkap tertunggak dan rekod jenayah termasuk rompakan di San Diego.

Dia kini sedang ditahan dengan ikat jamin AS$170,000 (RM710,855) di Penjara Daerah Orange selain berdepan beberapa tuduhan rompakan.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *