Lelaki Diculik Ditemui Mati Dibunuh, Mayat Ditanam Dibungkus Plastik

| January 12, 2022 | 0 Comments

Lelaki Diculik Ditemui Mati Dibunuh, Mayat Ditanam Dibungkus Plastik | IPOH – Mayat seorang lelaki yang menjadi mangsa culik September lalu, ditemui ditanam di sebuah kebun kelapa sawit di Bidor semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, penemuan mayat lelaki berusia 29 tahun itu susulan tangkapan ke atas seorang daripada suspek di hentian rehat dan rawat (R&R) Dengkil, Selangor, kelmarin.

Katanya, dengan dipandu arah suspek berusia 30 tahun itu, mayat mangsa ditemui ditanam di kawasan berkenaan dalam keadaan dibungkus plastik kanvas.

“Pihak polis menerima laporan berkaitan kes seorang lelaki dilarikan dua individu pada 3 Oktober tahun lalu.

“Berdasarkan siasatan ke atas pengadu, dia memberitahu kejadian itu berlaku pada 13 September lalu ketika dia dan mangsa berada di kolam ikan di Kampung Poh, Bidor di mana mereka telah diserang dua lelaki bersenjatakan kayu.

“Mangsa kemudian telah dipaksa masuk ke dalam sebuah kenderaan oleh suspek sebelum beredar. Suspek juga mengugut pengadu agar tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Sumber: Kosmo

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *