Lelaki Didakwa Polis Kerana Cabul Wanita Di Bilik Sewa

| January 12, 2022 | 0 Comments

Lelaki Didakwa Polis Kerana Cabul Wanita Di Bilik Sewa | Seorang lelaki dilaporkan telah ditahan polis kerana disyaki mencabul seorang wanita di sebuah rumah sewa di Taman Gembira di sini pada Selasa.

Lelaki Didakwa Polis Kerana Cabul Wanita Di Bilik Sewa

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, suspek berusia 38 tahun itu ditahan sekitar Klang pada jam 10 malam hari yang sama.

Menurutnya, dalam kejadian pada jam 8 pagi, mangsa berusia 25 tahun itu mendakwa suspek yang juga penyewa bilik rumah berkenaan telah masuk ke dalam biliknya dalam keadaan bertuala serta tidak berbaju.

Lelaki itu kemudiannya dilaporkan telah mendekati mangsa dan bertindak memeluknya.

Setelah itu, Fong memberitahu bahawa mangsa bertindak menolak dan menepis tangan lelaki itu lalu berlari keluar dari biliknya untuk meminta bantuan dan kemudian membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya.

Hoong Fong berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Difahamkan suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula Rabu sehingga Sabtu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *