Lelaki Dijumpai Rentung Dalam Bilik Air

| September 26, 2021 | 0 Comments

Lelaki Dijumpai Rentung Dalam Bilik Air | Berlaku satu kemalangan melibatkan seorang lelaki selepas kediamannya dilaporkan terbakar dan menyebabkan dia terperangkap di dalamnya di Kampung Nyaris-Nyaris, Bongawan, di sini, awal pagi Isnin.

Lelaki Dijumpai Rentung Dalam Bilik Air

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.20 pagi itu melibatkan mangsa yang dikenali sebagai Abdul Rahman Abu, 38, dipercayai tinggal seorang diri di rumah tersebut sebelum dijumpai oleh pihak bomba dalam keadaan rentung di ruang bilik air di rumahnya.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara dalam satu kenyataan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.26 pagi sebelum dua pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah (BBP) Kimanis dan BBP Beaufort dikejar ke lokasi tersebut.

Jelasnya, kejadian tersebut adalah membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal dan terbakar 90 peratus, manakala mayat mangsa ditemui di ruang bilik mandi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tambahnya lagi, kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.48 pagi dan usaha memadamkan api sepenuhnya masih dilakukan.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *