Lelaki Dijumpai Rentung Dalam Sebuah Kereta Akibat Terbakar

| April 14, 2021 | 0 Comments

Lelaki Dijumpai Rentung Dalam Sebuah Kereta Akibat Terbakar| Berlaku satu kemalangan melibatkan seorang lelaki yang ditemukan dalam keadaan rentung selepas dipercayai terbakar bersama-sama sebuah kereta jenis Honda di Jalan Bagan Seberang, Kampung Guala, di sini, pagi tadi.

Lelaki Rentung Dalam Sebuah Kereta Honda Akibat Terbakar

Mangsa yang telah dikenal pasti sebagai Ong Wean Tong, 48, ditemui rentung di dalam kenderaan jenis Honda Accord berwarna hitam  selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.40 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau, Muhamad Irham Mohd. Zain dalam satu kenyataan memberitahu bahawa sebuah jentera bersama 10 anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan keadaan namun  api dikatakan telah marak sejurus mereka tiba di lokasi.

Tambah beliau, api berjaya dipadamkan dan ia mengambil masa selama limit minit bagi pihak anggota bomba untuk berjaya mengawal kebakaran tersebut. Setelah kerja-kerja pemadaman api selesai, mereka telah menemukan mayat lelaki tersebut yang telah rentung di tempat pemandu.

Kereta tersebut dilaporkan mengalami lebih 90 peratus kemusnahan akibat daripada kebakaran tersebut dan menegaskan bahawa kes masih lagi disiasat bagi mengetahui punca sebenar sama ada insiden tersebut melibatkan kes pembunuhan atau kesilapan teknikal menurut laporan dari Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat.

Mayat kini dilaporkan telah berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba yang bertugas serta mayatnya juga dikatakan telah diserahkan kepada anggota polis bagi melakukan bedah siasat.

Sumber: Berita Harian 

Tags: , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *