Lelaki Dikebumi Bersama Mercedes Benz. Puncanya Buat Ramai Tak Sangka

| April 2, 2020 | 0 Comments

Lelaki Dikebumi Bersama Mercedes Benz. Puncanya Buat Ramai Tak Sangka | Satu upacara pengebumian seorang lelaki dilakukan di afrika selatan, namun apa yang peliknya, pengebumiannya ditanam bersama-sama dengan sebuah kereta, ini sebabnya. Baca selanjutnya..

Permintaan Simati

AFRIKA SELATAN – Seorang lelaki dikebumikan bersama sebuah kereta jenama Mercedes Benz sebagai menghormati permintaannya.

Ketua tradisional, Tshekede Pitso, 72, ditempatkan di bahagian pemandu Mercedes-Benz E500 tahun 1990 sebelum dikebumikan dan kuburnya ditempah khas yang memiliki kelebaran tujuh kaki di tanah perkuburan keluarganya di Afrika Selatan, lapor Dailymail.

Anak mendiang, Sefora Letswaka, 49, berkata, bapanya merupakan seorang ahli perniagaan.

“Kira-kira dua tahun lalu dia membeli sendiri Mercedes Benz dan mahu menghabiskan masanya bersama kereta.

“Dia berhasrat jika meninggal dunia, mahu membawa kereta itu sekali ke dalam kubur.

“Kami mendengarnya dan menghormati hasratnya. Diharap dia gembira,” katanya selepas pengebumian di Kampung Jozana di Sterkspruit yang terletak di Eastern Cape.

Sumber : Sinar Harian

Tags: , , ,

Category: PELIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *