Lelaki Dikhuatiri Lemas Akibat Terjun Jambatan Pulau Pinang | Lelaki dikhuatiri lemas telah dilaporkan selepas dipercayai terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.4 arah Perai, malam tadi.

Lelaki Dikhuatiri Lemas Akibat Terjun Jambatan Pulau Pinang

Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.40 malam dan pasukan Bot Kilat 4 digerak ke lokasi untuk pencarian.

Mangsa telah dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia 48 tahun berasal dari Butterworth.

Tambah Abd Razak, terdapat kenderaan serta barangan peribadi ditemukan di atas jambatan itu yang berkemungkinan kepunyaan mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abd Razak berkata lagi, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) diwujudkan di Jeti Polis Marin Batu Uban, di sini bagi meneruskan pencarian yang turut membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pasukan Polis Marin.

Orang awam boleh melaporkan sebarang penemuan, kecemasan atau kemalangan di laut menerusi talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply