Seorang lelaki dipercayai lemas ketika berenang untuk menyelamatkan perahunya yang terlepas hanyut di sungai Muara Payang, dekat Bintangor, di sini, petang tadi.
Perahu berkenaan hanyut apabila tali pengikatnya dikatakan tertanggal, dengan mangsa, Aziz Yusuf, 40, dari kampung Medong di Dalat dilapor cuba mendapatkannya semula.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.41 petang.
Katanya, kita menggerakkan lapan anggota BBP Bintangor ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Menurut saksi kejadian, Aini Paris, memberitahu mangsa cuba berenang untuk mendapatkan semula perahunya, namun tenggelam dan lemas.
Tambahnya lagi, laporan polis berhubung kes ini dibuat keluarga mangsa dan operasi SAR dilakukan menyusur ke hilir sungai Batang Rajang.
Beliau berkata, operasi ditangguhkan jam 7.13 malam ini kerana cuaca gelap dan akan disambung semula pagi esok.
Sumber: Berita Harian