Lelaki Dipotong Kemaluan Selepas Dipaksa Ketuk Ketampi

| April 6, 2021 | 0 Comments

Lelaki Dipotong Kemaluan Selepas Dipaksa Ketuk Ketampi | Niat seorang lelaki yang keluar untuk bersantai bertukar tragedi apabila seorang lelaki warganegara Pakistan berdepan detik cemas apabila kemaluannya dipotong oleh sekumpulan lelaki yang tidak ia kenali.

Kuala Lumpur: Seorag lelaki warga Pakistan yang berusia 32 tahun mengalami detik ngeri apabila kemaluannya dipotong oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di Klang, Selangor baru-baru ini.

Malaysiakini melaporkan, rakan mangsa yang juga warga Pakistan, Rizwan Ahmad telah membuat laporan polis kelmarin dan menceritakan bagaimana insiden berkenaan terjadi.

Menurutnya, mangsa yang sedang duduk santai berseorangan berhampiran Masjid Alam Impian pada malam ahad lalu sebelum dihampiri oleh empat lelaki yang tidak dikenali.

Katanya, rakannya itu ditanyakan beberapa soalan sama ada sudah berkahwin, pasangannya dan sama ada pernah melakukan hubungan seks sepanjang di Malaysia.

Mangsa kemudian menjawab bahawa ia sudah berkahwin dengan pasangannya yang berada di Pakistan dan dia tidak melakukan hubungan seks ketika berada di negara ini.

“Lepas tu dia (salah seorang dari suspek) kara buka baju,seluar. Lepas tu 10 kali naik turun, duduk bawah,naik (ketuk ketampi). Lepas dah 10 kali (ketuk ketampi), dia (kawan saya) naikkan seluar.

“India tu cakap saya tak ada cakap you (kena) naikkan seluar. Kenapa you naikkan seluar?”katanya.

Rizwan berkata, suspek kemudian bertanya kepada mangsa mengapa kemaluannya tidak menegang.

Bagaimanapun mangsa menjawab bahawa dia tidak boleh berereksi ketika itu.

Suspek berkata, disebabkan kemaluan mangsa tidak boleh menegang, suspek ingin memotong kemaluan mangsa kerana dianggap tidak berguna lagi.

Namun, mangsa merayu kepada suspek untuk tidak memotong kemaluannya.

“Dia (mangsa) cakap jangan potong (kemaluan). Kaki saya boleh potong, tangan boleh potong,”katanya.

Malangnya, rayuan mangsa diendahkan dan kemaluan mangsa dipotong sebelum dicampakkan.

“Dia (suspek) sudah potong habis…lepas tu dia terus lari,”katanya.

Apabila ditanya mengapa rakannya tidak melarikan diri ketika kejadian, dia mengatakan rakannya itu ditahan oleh suspek dengan dicengkam lengan kiri dan kanannya.

Katanya, sebelum rakannya itu pengsan akibat menahan kesakitan dia sempat menghubungi salah seorang rakan mereka yang lain untuk mendapatkan bantuan.

katanya, telefon bimbit mangsa juga dicampakkan di kawasan berdekatan sebelum kejadian namun mangsa berjaya mengambilnya walaupun terpaksa menahan kesakitan yang teramat.

Dia juga menghantar lokasi kejadian meskipun memerlukan masa setengah jam untuk mencari tempat kejadian.

Apabila ditanya apakah yang sudah terjadi kepada kemaluan yang telah dicampakkan, katanya ia belum ditemui.

“Tak ada jumpa. Kami ramai pergi cari, polis pun ada sampai sana, polis pun ada tolong cari tapi tak dapat lagi,”katanya.

Menyifatkan mangsa sebagai seorang yang baik hati, dia turut yakin bahawa rakannya tiada sebarang musuh.

Menurut Rizman, mangsa kemudia dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mangsa merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tingi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR).

Keluarganya di Pakistan tidak dimaklumkan mengenai kejadian.

Sementara itu, Ketua Jabatan  Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat ketika dihubungi, mengesahkan laporan itu.

Fadzil berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.

“Untuk mengesahkan perkara itu berlaku,memang betullah,”katanya.

Sumber: Metro

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *