Lelaki Disangka [email protected] Disimpan Dlm Bilik Mayat Akhirnya [email protected] Kesejukan | Seorang lelaki Brazil yang telah disahkan mati oleh hospital didapati masih hidup dan bernafas ketika dibawa ke sebuah pusat pengebumian sebelum meninggal dunia dua hari kemudian akibat hipotermia, lapor portal berita MailOnline semalam.

Jose Ribeiro, dimasukkan ke hospital Februari lalu kerana menghidap kanser lidah. Dia diisytihar meninggal dunia oleh seorang doktor di sebuah hospital di Uruacu, dalam negeri Goias pada 29 November lalu.

Lelaki berusia 62 tahun itu kemudian diletakkan di dalam beg mayat dan disimpan di dalam peti sejuk di bilik mayat hospital selama lima jam sebelum dibawa ke rumah pengebumian.

Ketika berada di situ, seorang pekerja menyedari matanya dalam keadaan terbuka dan dia mengalami kesukaran untuk bernafas.

Keadaan Jose semakin merosot dan dia meninggal dunia dua hari kemudian, kata saudara perempuannya, Aparecida Ribeiro.

Aparecida berkata sukar untuk mempercayai apa yang telah berlaku. Jose berada di dalam beg plastik mayat selama lima jam dan kesejukan. Ia amat teruk, sukar untuk menerima situasi ini.

Dr. Lucas Campos yang mengesahkan kematian lelaki itu di hospital turut digantung tugas dan disiasat atas dakwaan cubaan membunuh.

Beliau berkata punca kematian iaitu hipotermia telah meningkatkan tanggungjawab ke atas doktor tersebut jadi, mereka akan menukar klasifikasi siasatan daripada cubaan membunuh kepada pembunuhan hari kejadian itu (Jumaat lalu).

Peterson Amin, Timbalan Polis Awam Rialma, berkata bahawa ia adalah pembunuhan menyeluruh berikutan kemungkinan terdapat unsur niat jahat.

Sumber: Kosmo

Artikel Lain

Lelaki Disangka [email protected] ‘Hidup’ Semula

Lelaki Disangka [email protected] ‘Hidup’ Semula | Seorang lelaki yang disangka sudah meninggal dunia, dikejarkan ke hospital selepas didapati masih bernafas ketika berada di dalam keranda.

Menurut laporan Kompas, lelaki dikenali sebagai Us yang menetap di daerah Bogor, Jawa Barat ketika ini sedang dirawat di Hospital Besar Wilayah (RSUD) Kota Bogor untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, Ilham Chaidir, pengarah utama hospital telah memaklumkan bahawa Us hanya mengalami gangguan kesedaran.

Beliau juga menyatakan bahawa pesakit ini datang dalam keadaan tidak sedarkan diri, kemudian dirawat, tiada masalah dan boleh berpindah ke bilik.

Sementara itu, abang kepada Us, Saputra menjelaskan, kejadian terjadi pada hari Jumaat lalu apabila adiknya diisytihar meninggal dunia selepas melakukan aktiviti di Semarang.

Saputra menyatakan bahawa adiknya meninggal di Semarang ketika ada aktiviti di sana. Seseorang memberitahu dia jatuh sakit dan dibawa ke hospital di Jakarta dan di Hospital Jakarta dia dilaporkan meninggal dunia.

Sementara itu, keluarga Us terkejut dengan situasi kerana melihat tiada tanda memperlihatkan Us masih hidup ketika keranda tiba di kediaman.

Sumber: Astro Awani

 

Lelaki Disahkan Meninggal Hidup Semula Selepas Disimpan 7 Jam Dalam Peti Sejuk Bilik Mayat

Lelaki Disahkan Meninggal Hidup Semula Selepas Disimpan 7 Jam Dalam Peti Sejuk Bilik Mayat | Mati hidup semula. Begitulah yang boleh digambarkan mengenai kisah seorang lelaki yang dilaporkan telah kembali hidup selepas diisytiharkan meninggal dunia oleh doktor, lapor India Times, baru-baru ini.

Lelaki Disahkan Meninggal Hidup Semula Selepas Disimpan 7 Jam Dalam Peti Sejuk Bilik Mayat

Jasad lelaki yang berusia 40 tahun tersebut dikatakan ‘hidup semula’ selepas 7 jam disimpan dalam peti sejuk jenazah selepas disahkan meninggal akibat dilanggar oleh sebuah motosikal yang dipandu dengan laju.

Lelaki tersebut telah dibawa ke hospital daerah namun belum sempat mendapatkan rawatan, dia telah disahkan meninggal dunia akibat cedera parah.

Setelah itu, acara pengebumian tela dijalankan oleh pihak hospital sebelum mereka dilaporkan memasukkan jasadnya ke dalam peti sejuk di bilik mayat untuk dibedah siasat.

Namun setelah tujuh jam kemudian, dikhabarkan kakak iparnya dikatakan tersedar bahawa  dia menunjukkan tanda-tanda pergerakan selepas mereka telah menandatangani dokumen ‘panchnama‘ sebagai tanda persetujuan untuk menjalankan bedah siasat.

Menurut laporan India Times, ahli keluarganya terus mengerumuni jasad tersebut dan memanggil doktor petugas dan pihak polis.

Selepas lelaki tersebut dikeluarkan dari peti sejuk, tubuhnya telah dipindahkan ke pusat kesihatan daerah Meerut dan keadaannya semakin pulih.

Kata ahli keluarganya, dia masih lagi tidak menyedarkan diri dan difahamkan doktor juga telah memberi jaminan bahawa dia telah berada pada fasa luar bahaya.

Sumber: India Times

Share.

Leave A Reply