Lelaki Diseret Kereta Akibat Melintas Jalan Tiba-Tiba.

| March 17, 2021 | 0 Comments

Lelaki Diseret Kereta Akibat Melintas Jalan Tiba-Tiba. | PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang secara tiba-tiba melintas jalan ketika aliran trafik sedang bergerak laju mengundang padah selepas dia dilanggar dan diseret sebuah kereta mewah jenis BMW dalam satu kejadian dipercayai di Jalan Maharajalela menghala ke pusat bandar semalam.

Video

Rakaman berdurasi 40 saat menerusi papan pemuka (dashcam) berkenaan tular sejak awal pagi tadi yang memaparkan tindakan lelaki berkenaan yang dilihat seperti sengaja melintas jalan ketika kereta sedang bergerak laju mengundang tanda tanya pelbagai pihak.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut.

“Setakat ini, semakan mendapati tiada laporan polis dibuat dan pemandu kereta berkenaan dinasihatkan untuk membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan,” katanya ringkas.

Video : Sukan Star TV

Tags: , , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *