Lelaki Ditahan Polis Lepas Didakwa Cabul Remaja Bawah Umur Di Masjid | Gara-gara disyaki kerap melakukan jenayah gangguan seksual terhadap remaja bawah umur, seorang lelaki berusia 28 tahun telah ditahan oleh pihak polis di Indonesia.

Suspek tersebut dikatakan melakukan perbuatan mencabul terhadap remaja lelaki berusia 16 tahun di sebuah masjid yang terletak di Kapanewon, Gamping, Kabuten Sleman.

Menurut saksi kejadian itu yang juga rakan kepada mangsa, remaja berkenaan sedang tidur di tingkat dua masjid tersebut sebelum suspek melakukan perbuatan terkutuk itu.

Kenyataan itu dilaporkan kepada polis dari Ibu Pejabat Polis Sleman iaitu M. Saifudin yang mengatakan saksi terjaga semasa dirinya bersama mangsa sedang tidur di masjid.

Dek kerana terkejut dengan insiden tersebut, mangsa segera pulang ke rumah dan berceritakan kepada ibu bapa serta rakan-rakannya tentang kejadian berkenaan.

Ternyata, rakan-rakannya juga mendakwa bahawa mereka turut pernah menjadi mangsa kepada pelaku yang sama dan pelaku itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut sejak 2013!

Ujar pihak polis, suspek tersebut merupakan ketua pemuda masjid berkenaan.

Kini, lelaki itu ditahan di balai polis dan akan berdepan hukuman penjara selama 15 tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah.

Sumber: Oh Bulan

 

Artikel Lain

Wanita Cabul 17 Kanak-kanak

Wanita Cabul 17 Kanak-kanak | Menggemparkan apabila seorang wanita di Indonesia disyaki menjadi suspek utama yang terbabit dalam kes cabul terhadap 17 kanak-kanak bawah umur.

Portal Kompas melaporkan, mangsa terdiri daripada enam kanak-kanak perempuan dan 11 lelaki.

Eff, salah satu satu ahli keluarga memberitahu suspek yang berusia 25 tahun dan mangsa menetap di kawasan yang sama.

Suspek dikatakan menawarkan perkhidmatan sewaan permainan Play Station di rumahnya.

Insiden itu berlaku ketika mangsa sedang bermain permainan video di rumah suspek.

Ketika asyik bermain, suspek menutup pintu rumahnya dan memaksa mangsa mengikut kemahuannya.

Menurut Eff, suspek sering memaksa mangsa terdiri daripada kanak-kanak lelaki untuk menyentuh bahagian badannya.

Bagaimanapun, suspek memutarbelitkan fakta bahawa dirinya adalah mangsa jenayah seksual.

Lebih keji, mangsa perempuan diminta mengintipnya ketika suspek melakukan hubungan intim dengan suaminya.

Susulan kejadian, ibu bapa mangsa melaporkan kejadian kepada polis.

Sementara itu, Pengarah Siasatan Jenayah Jambi, Andri Ananta memaklumkan, pihaknya masih melakukan siasatan di tempat kejadian bagi memeriksa saksi tambahan, termasuk suami suspek.

Beliau berkata, ada enam saksi tambahan, termasuk suami suspek dan ibu mentuanya.

Beliau juga berkata, setakat ini, mereka baru mengambil keterangan daripada suaminya sebagai saksi.

Sumber: Harian Metro

 

Bekas ADUN Bersatu Didakwa Terlibat Kes Cabul

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, Januari lalu.

Bekas ADUN Bersatu Didakwa Terlibat Kes Cabul

Tertuduh yang berusia 54 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 27 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatan wanita berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah kereta mewah jenis Toyota Vellfire di daerah Muar pada jam kira-kira 5 petang, 13 Januari 2022 lalu.

Justeru, tertuduh yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kota Tinggi didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana daripada dua seksaan itu.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos mencadangkan jaminan sebanyak RM 5,000 dikenakan terhadap tertuduh.

Tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Mohd Nasir dan Muhammad Izzad Syafiq Ismail bagaimanapun merayu jumlah jaminan berkenaan dikurangkan dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama sepanjang siasatan polis dijalankan.

Majistret Amalina pada penghakimannya kemudian membenarkan jaminan RM 4,000 dengan seorang penjaminan dan menetapkan 3 Julai ini sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Mahkamah turut menetapkan 16 hingga 18 Ogos depan sebagai tarikh perbicaraan.

Sebelum ini, media melaporkan polis menerima laporan daripada seorang wanita yang juga Ahli Jawatankuasa Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kota Tinggi mendakwa diganggu secara seksual oleh bekas ADUN berkenaan.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply