Lelaki Ditangkap Polis Kerana Mencuri Tiga Tin Susu. Ini Sebabnya.

| September 13, 2021 | 0 Comments

Lelaki Ditangkap Polis Kerana Mencuri Tiga Tin Susu. Ini Sebabnya. | Lelaki yang ditangkap kerana mencuri tiga tin susu di sebuah kedai di Miri Times Square di sini, adalah seorang penagih dadah tegar dan mempunyai pelbagai rekod jenayah termasuk mencuri.

Lelaki Ditangkap Polis Kerana Mencuri Tiga Tin Susu. Ini Sebabnya.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner, Hakemal Hawari berkata suspek berusia 24 tahun itu mencuri bukanlah untuk menyara keluarga tetapi untuk dijual bagi membeli dadah.

“Ingin ditegaskan bahawa mencuri adalah salah di sisi undang-undang dan kesempitan hidup bukanlah satu alasan yang sah untuk mencuri.

“Tiga tin susu yang dicuri suspek juga bukan susu formula kanak-kanak tetapi untuk orang dewasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, Hakemal menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini kerana ia akan mengganggu siasatan pihak polis.

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *